Assalammualaikum...
tak terlambat rasanya nak wish selamat hari raya... ye tak? maaf zahir dan batin...
okeh berbalik pada isu... 3 perkara keji di hari raya...
pertama
tuan rumah tanya tetamu nak makan kuih raya ke nak duit raya je... gua rasa ni la perkara paling tak beradab dalam sejarah peradaban melayu kuno hingga lah melayu moden kini... pada aku ni memang sangat kurang ajar kepada tetamu... biarpun soalan tu ditanya pada budak-budak...
dan juga sebaliknya...
bila tetamu sendiri yang cakap dia hanya nak duit raya sahaja... tak nak masuk umah menjamah juadah dan minum air... ini juga perkara yang sangat kurang sopan... biarpun si pelakunya kanak-kanak... ni mesti mak bapak tak reti nak ajar anak jadi orang yang beradab...
kedua
si tetamu atau tuan rumah... sibuk sangat dengan gadjet masing-masing... masa tu tu la nak reply mesej FB... nak reply mesej whatsapp... dan lain-lain.... memang keji la bagi gua...
ketiga
bertambah keji lagi... bila tanya tuan rumah ape password wifi tuan rumah.... ni dah jatuh tahap Super Keji... =) hahaha...
gua harap... mereka yang beradab tak de la lakukan perkara-perkara di atas ni... supaya anda tak tergolong dalam golongan yang keji di hari raya hahaha =)
babai...
No comments:
Post a Comment