GENG LENSA HIDUP

10 November 2014

TANDA BIRU PADA APLIKASI WHATSAPP

Jika anda biasa menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung pastinya anda perasan bahawa tanda semak yang berwarna kelabu mengalami perubahan warna.

Tanda semak yang digunapakai untuk memastikan mesej yang dihantar sudah diterima telah mengabdikan warna biru sementelah aplikasi tersebut dinaiktaraf baru-baru ini.

Lazimnya satu tanda semak menyatakan bahawa mesej telah dihantar. Dua tanda semak menunjukkan status pesanan tersebut yang diterima oleh peranti penerima.

Apakah yang dimaksudkan apabila tanda kelabu itu bertukar kepada warna biru? Warna baharu berkenaan melambangkan bahawa si penerima telah pun membaca mesej tersebut.


Sebenarnya, tanda semak berwarna biru itu bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diterapkan dalam penghantaran nota suara sebelum ini.

Versi terbaru WhatsApp telah menggabungkan ciri ini untuk kedua-dua nota suara dan mesej, walaupun ia mungkin tidak berfungsi pada semua model telefon pintar. Sekiranya anda masih tidak melihat tanda semak biru, jangan bimbang kerana versi baharu peranti anda pasti akan sedia tidak lama lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...