GENG LENSA HIDUP

26 February 2015

BILA MASA YANG SESUAI MENABUNG UNTUK ANAK?

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

sejak akhir-akhir ni... banyak entri berjadual yang aku kena buat... untuk pastikan blog ni selalu update hehe... 

okay berbalik kepada topik asal... bila masa yang sesuai menabung untuk anak?

pada aku seawal mungkin.... untuk anak-anak aku biasanya lepas pantang je... semestinya aku dah pergi buka akaun simpanan untuk diaorang.... tak kisah lah apa-apa bank pun... pilihlah yang berdekatan dengan rumah...

tapi jika benar-benar ingin memilih... aku sarankan simpanlah di Tabung Haji... dan pastikan simpanan bersama gunakan nama ibu.... dividen nya agak banyak... dan nanti boleh lah cecepat daftarkan haji...

kelebihan daftarkan akaun simpanan anak seawal mungkin adalah...

1. anak-anak belum reti lagi guna duit diaorang... masalah anak nak berjoli dengan duit tak ada
2. kita boleh letakkan sasaran simpanan seperti setahun RM1000 atau sebaliknya... ikut cara simpanan korang.
3. sumber simpanan adalah daripada duit orang melawat masa baru lahir, duit raya, dan simpanan bulanan. bergantung kepada betapa kreatifnya ibu bapa mempelbagaikan sumber untuk dijadikan simpanan (pastikan halal okey)

nanti-nanti... boleh lah si anak gunakan masa dia perlu... terutamanya jika mahu melanjutkan pengajian... atau nak beli motor ke... dan lain-lain keperluan... dan dengan cara itu boleh mengelakkan anak terbiasa berhutang... seperti berhutang dengan PTPTN... berhutang dengan bank untuk buat hantaran kahwin... pada aku manfaat menabung pada seawal usia sangat banyak... terutama untuk kegunaan mereka ketika remaja atau dewasa... tapi elakkan untuk dikeluarkan sewenang-wenangnya... hehe

macam aku sendiri buku ASB aku masih mak aku yang pegangkan... cuma akaun Agro Bank dan Tabung Haji je yang aku jaga sendiri...

soal nak menyimpan pulak sangat lah mudah zaman sekarang ni... transfer dari akaun lain dah boleh buat saving... 

untuk anak-anak aku pun macam tu jugak aku akan buat... setiap pengeluaran duit akan disaring dulu kegunaannya... sama ada yang bermanfaat atau tidak...

dan aku letakkan sasaran paling sikit pun simpanan anak-anak aku... sebelum dia mencecah usia 20an setidak-tidaknya kena ada 15K... kalau dapat capai lebih daripada itu alhamdulillah...

mudah-mudahan sasaran tu tercapai inshaAllah... dan yang sangat penting disiplin... ketika menyimpan... 

p/s: bila dah rajin menyimpan tu jangan dilupakan zakat harta simpanan... kang takut hilang keberkatan pulak =)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...