GENG LENSA HIDUP

03 March 2015

17 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu...
mungkin ada yang berfikir mahu berhenti kerja? fikir masak-masak... dan buat persediaan rapi... agar tidak kecewa nanti... ini ada beberapa tips yang perlu anda buat sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja... terutamanya bai kaum adam atau mereka yang masih single...
17 Persediaan sebelum berhenti kerja
1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

2. Kurangkan komitmen hutang pada bank,sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.

3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas.(rumah/kereta)

4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas.(Trading) Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.

5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.

6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh dipertimbangkan)

7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes.Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri
Kaya-raya = Legasi perniagaan

8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan 36bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.

9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes.
(Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)

10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.

11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati,berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.

12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri.(keberkatan)

13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung.(Jika 6bulan tidak untung,tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.

15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.

16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.(Ready for the worst)

17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.

pendek kata dare to fail okay

semoga sukses =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...