GENG LENSA HIDUP

18 March 2015

BAKAL BERCERAI, GURU SALAHKAN KEMENTERIAN


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera

pertama untuk isu di atas... 
apakah peranan suami?
apakah pula peranan isteri?

suami berperanan mencari nafkah...
manakala isteri jika ada ruang dan peluang dengan izin suami dia juga boleh keluar mencari rezeki...

jika dah terlalu lama berjauhan dan bimbang berlaku sesuatu atau bimbang rasa sayang berkurang... so mainkan peranan suami... minta isteri ikut anda ke mana anda pergi... dan sebagai isteri tempatnya di sisi suami... kerjaya dah jatuh nombor dua... jika resign sekali pun... anda masih tak berdosa... sebab tanggungjawab mencari nafkah hanya di bahu suami...

pada aku sebelum salahkan orang lain... lebih-lebih lagi dengan status anda sebagai pendidik...

ada baiknya... suami mainkan peranan dengan betul terlebih dahulu.... selebihnya... diikuti dengan si isteri... dan kemudian jika masih terjadi perkara yang tidak diingini... itulah dinamakan takdir... duduk jauh atau dekat... jika suami mainkan peranan dengan betul... dan si isteri pula faham peranannya... InshaAllah... semuanya okay =)

dan jangan risau jika isteri menjadi suri sepenuh masa. kerana yang memberi rezeki itu adalah Allah S.W.T... dan rezeki itu boleh datang dalam pelbagai bentuk... selagi anda berada di landasan yang betul... anda tak perlu ragu dengan cukup atau tidak rezeki yang anda terima...

kesimpulannya
pastikan suami mainkan peranan sebagai ketua dengan betul dan diikuti pula dengan isteri yang faham apakah peranan sebagai seorang isteri... =)

wallua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...