GENG LENSA HIDUP

31 August 2015

13 LOKASI MENARIK YANG MESTI DILAWATI DI SABAH

Assalammualaikum

kali ni perkongsian mengenai negeri sabah pula ye...

jom layannnn














SUMBER: Facebook Homestay Kundasang Rosewood Home Cottage

HARGA MINYAK TURUN SEPTEMBER INI


zoom in ok

Harga minyak di jangka turun
------------------------------------
Rakan niaga, berkuatkuasa jam 12.01 mlm ini (1 sept 2015), harga baru dipam adalah seperti berikut :
Ron97 -RM2.35/lt (dgn GST)
Ron95 -RM1.95/lt
Diesel - RM1.80/lt

6 KELEBIHAN JIKA SUAMI PANDAI MEMASAK

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat dan bahagia selalu...

Kebiasaannya... lelaki sering mengharapkan jika sudah berkahwin kebiasaannya isteri lah yang mesti tahu memasak...

Sebenarnya...
jika suami pandai memasak juga adalah satu kelebihan...

Paling sengkek reti masak telur haha... ok la kan... daripada tak tau apa-apa...

Antara kelebihan jika suami tahu memasak:

1. Boleh bantu isteri jika isteri penat.
2. Boleh memasak makanan buat isteri ketika berpantang.
3. Tak perlu nak kejut isteri jika lapar tengah-tengah malam... masak je sendiri...
4. Salah satu teknik memujuk isteri jika beliau merajuk... sejuk hati isteri jika suami boleh masak menu special haha....
5. Isteri dan anak-anak dapay merasa air tangan suami.
6. Simbol lelaki sejati haha.


28 August 2015

MENU SEDIA DI MASAK BUAT IBU YANG SIBUK

Assalammualaikum

Semoga semuanya sentiasa sihat dan bahagia...

Kerunsingan ibu-ibu yang sibuk berkerja dalam menyediakan menu harian buat suami dan anak-anak... kini boleh diatasi...

Dengan kewujudan kedai muslim yang menjual pelbagai menu... anda hanya perlu masak sahaja...

Tidal perlu mencuci, menyiang, memotong, menumbuk dan lain-lain lagi...

Hanya sedia untuk dimasak... dengan pelbagai menu enak... 

Apa lagi jom cuba!!!

Alamat kedai: HS NADA, No 2, Wisma Nada, Jalan 11 B, Selayang Baru, 68100, Batu Caves, Selangor.









P/S: Macam-macam idea kreatif keluar jika bersungguh nak berniaga dan memudahkan urusan orang lain...

WASPADA SINDIKET PENIPUAN EMAS

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat...
kat sini aku nak kongsikan kisah sindiket penipuan emas...

Diuji oleh tauke kedai emas Kota Bharu tahap ketulenannya...

Anda semua diminta lebih berhati-hati. Al maklum la... zaman sekarang semua perkara manusia nak menipu dan nak cari jalan untuk dapatkan duit dengan mudah...

Diuji oleh penguji emas 

Emas palsu

Solid gold palsu



Awas: sila berhati-hati jika ingin membeli emas... terutamanya jika dibeli secara online

Tips membeli emas:
1. Ambil tahu harga emas semasa
2. Beli emas di kedai emas dan pastikan anda diberi resit pembelian untuk memudahkan proses gadaian atau jual semula. Dan senang nak cari jika kena tipu.
3. Elakkan membeli emas secara online. Melainkan anda betul-betul mengenali si penjual.
4. Uji emas anda dengan magnet, jika melekat pada magnet itu adalah emas tiruan.

sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.... al maklum lah nilai ringgit semakin susut... so ramailah nak beli emas... saat begini sudah pasti ramai yang mahu ambil kesempatan...

Wassalam

26 August 2015

7 BISNES HAJAH FAIZAH SEBELUM BERGELAR JUTAWAN


7 BISNES HAJAH FAIZAH SEBELUM BERGELAR JUTAWAN
Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pengasas bagi jenama Beras Faiza di Malaysia. Ini antara perniagaan beliau sebelum berjaya menjadi seorang usahawan beras yang jutawan dan dermawan
1. Menjahit baju gaun kanak kanak
2. Menjahit sulaman 
3. Menjual pinggan mangkuk
4. Perniagaan "direct selling" Ensiklopedia
5. Menjual rempah ratus
6. Membuka kedai runcit
7. Pembekal beras ; Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB)

Beliau berusaha keras mencapai kejayaan bukan disebabkan wang ringgit semata-mata, tetapi disebabkan keazaman beliau untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia!!
Sumber: strategi & tips bisnes

KOS SARA MATI DI SELANGOR


assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu
biasanya kita akan jumpa kos sara hidup semakin tinggi...
kali ini kos sara mati juga semakin tinggi....

hohoi...
haha ni dia kos sara mati di selangor...

silap-silap nanti kena buat loan sebelum mati...
aiyakkkk 

renung-renungkan...


25 August 2015

RESEPI PIZZA TERMUDAH ABAD INI

Ni mini pizza untuk ahmad
Jom semak resepi

Bahan-bahan doh:
400g tepung gandum protein tinggi
Yis
Satu sudu makan gula pasir
Air suam
Secubit garam
Setengah camca bread improver
1 sudu makan shortening (lemak sayur)

Bahan-bahan topping:
Mix cheese (parmesan, mozarela, cheddar) cari kat kedai... nak beli pizza topping pun boleh atau nak parut sendiri
Lada benggala
Bawang bombay (kuning)
Tomato ceri
Beef sausage
Sos tomato life

Caranya:
Masukkan yis ke dalam 200ml air suam bersama gula dan garam...

Tunggu hingga berbuih...
masuk tepung dalam bekas
Bread improver dan shortening
Dan tuang yis yang dah berbuih ke dalam bekas yang ada tepung
Uli sehingga tak ada lekat-lekat kat jari...
lebih lama uli lebih elastik
Tutup adunan dan rehatkan hingga naik 2 kali ganda...
tumbuk-tumbuk adunan untuk buang udara yang dihasilkan oleh yis tadi... uli dan kemudian canaikan ikut saiz yang korang nak...
Tebal dalam 1cm atau setengah cm...
semasa mencanai taburkan sedikit tepung untuk elak melekat....
selepas itu...
sapukan sos tomato
Taburkan cheese
Tabur sosej, bawang, tomato, lada benggala 
dan diakhiri dengan taburan cheese...

Topping boleh ikut citarasa masing-masing dan agak2 masa tabur tu... jangan terlalu banyak...

Panaskan oven dengan suhu 180-200 darjah celcius
Bakar sekitar 15-20 minit

Tujuan suhu yang tinggi adalah untuk mengelakkan roti pizza jadi kering atau keras...
nanti akan dapat hasil cantik di luar dan lembut di dalam... memang owesome!!!

Selamat mencuba =)

Regular size

Yummeh...
jangan bimbang tak masak di dalam... InshaAllah masak je...

Modal tak sampai rm30 pun... dah la boleh buat berkeping-keping

TEKSI MALAYSIA DIHIASI CICAK DAN BUAYA

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu
Kali ni aku nak share keunikan teksi yang berada di lembah klang

Jangan terkejut ye jika korang terjumpa teksi yang dihiasi dengan haiwan-haiwan liar...

Ini dari sisi hadapan teksi tersebut

Dibahagian sisi... nampak tak tu?
Awww siapa yang geli memang tak jadi naik la jawabnya

Bahagian belakang macam-macam ada

Di bahagian nombor plat teksi
Haha memang rare dan unik
Be positive
Mungkin dia memang sukakan haiwan exotic... atau cuba mencari kelainan bagi menarik perhatian pelanggan...

Sekian... enjoy your day!!!

21 August 2015

SWEET: SUAMI LAYANKAN ISTERI JUMPA BFF

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu
iols sangat hepi raya tahun ni...
sebab dapat baby baru...
dan...
iolss dapat jumpa my bff yang dah dekat 5 tahun tak jumpa... seiring usia perkahwinan aku... maklum la last time jumpa dulu hari aku nikah... haruslah my hubby kenal kan... haha

Okey...
di hujung2 syawal
My hubby yang sweet sudi bawa
Gi beraya umah bff
Kat jalan kuching kl n kat seksyen 6 shah alam...

Korang boleh bayangkan hepi gila aku...
haha jejak kasih la katakan...

Ni masa in the way... mengkarak 01 to kl

Ni anak aku dengan anak ain... ayman sidqi

This is my bff... ain...

Anak2... brother belakang tu asyik tido je... dalan keta tido... kat umah orang tido...
senang sangat mama nak bersembang haha

Kakak icha... mula2 malu2 kucing... lepas tu dah tak segan dah... kemain lagi...

Okeh ni dah kat shah alam...
Umah my bff Hani

Tq sebab sudi terima tetamu dari pahang ni dan kita dapat berhuhu... 


Nota: 
jangan marah haaa guwa puji laki guwa



19 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA MENGKARAK 01

Assalammualaikum

Pada jumaat lepas... kat tempat tinggal aku ade wat jamuan raya... ni la masanya nak berkumpul reramai...

Sebelum balik haruslah ambik gambar beramai-ramai



iolss xde sebab tengah susukan baby dalam kereta. Apa pun memang sedap makanannya. Yelah deme dah bertungkus lumus memasak pada waktu siangnya... 

Terbaik!!!
Jumpa lagi tahun depan guys

Post entri ni pun masa dah habis raya hi3



AYAM KAMPUNG GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum

Ini resepi ayam goreng berempah... ayam kampung atau ayam daging mana2 pun boleh...

Bahan2 kisar:
4 inci halia
1 inci lengkuas (xde pun xpe)
2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
Setengah sudu makan gula pasir

Kisar semua bahan dan perap dengan setengah ekor ayam... perap paling kurang 15 minit... lagi lame lagi sedap...

Cara2:
Panaskan minyak... guna kaedah deep fry. Masukkan ayam dan goreng sampai brown. Jika suka boleh tambahkan daub kari semasa menggoreng.

Ayam siap.. sedap dimakan dengan nasi lemak, nasi kukus, nasi putih biasa, dan lain2 atau dimakan begitu saja.



14 August 2015

10 August 2015

RESEPI FINGER CRUNCH PALING MUDAH

Ni untuk anak nak bawa ke jamuan raya tadikanya...

Nampak sedap kan?

Rangup dan manis

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu
Ini adalah resepi finger crunch atau ghost finger... ia mudah dan enak. Sesuai dijadikan snek untuk anak-anak...

Bahan-bahannya:
Roti putih
Coklat masakan
Marjerin/mentega
Nestum original

Cara-caranya:
Potong roti dalam bentuk jejari
Bakar hingga keras dan garing di dalam oven

Cairkan coklat dengan kaedah double boiler... masukan satu sudu marjerin kacau hingga cair kesemuanya

Kemudian celupkan roti yang dah siap dibakar... dan golekkan dengan nestum...

Dan jadilah finger crunch...

Memang sedap =)

Selamat mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...