GENG LENSA HIDUP

11 March 2016

BETUL KE MAKANAN SUNNAH?

antara makanan sunnah 

Sekali lagi saya buat disclaimer bukan nak sabotaj penjualan makanan tambahan.
Ramai orang kita berminat dengan pemakanan sunnah. Jualan makanan sunnah pun dah jadi industri besar sekarang.
Tapi betul ke ambil suplemen tu bermakna anda ikut sunnah dan mendapat kelebihan pemakanan sunnah?
Tahukah anda bagaimana pemakanan sunnah sebenarnya?
Nabi (SAW) sebenarnya sangat kurang makan. Baginda lebih kerap berpuasa daripada makan.
Ingat kisah Nabi ikat beberapa ketul batu di perut demi menghilangkan lapar? Ingat kisah isteri baginda Aishah yang menceritakan dapur di rumah Nabi tak berasap selama beberapa bulan, mereka bertahan dengan memakan air dan kurma sahaja?
Nabi (SAW) kita makan sikit, makan bila lapar saja dan berhenti sebelum kenyang. Nabi makan makanan yang baik (zaitun, kurma, gandum). Nabi kita kerap jadi vegetarian, jarang sekali menjamah daging.
Memang Nabi menggemari daging kambing, mengambil madu sebagai ubat, namun baginda (SAW) tak makan semua itu setiap hari.
Kita ni bagaimana pula?
Kita ni makan banyak; selagi tak tersandar dan tak sendat kancing pinggang kain/ seluar memang takkan berhenti. Makan daging tiap2 hari kalah harimau. Makan nasi berpinggan2 kalah orang kerja sawah. Jenis makanan pula semua bantai, lagi berproses lagi suka. Tak cukup makan di luar, siap tapau pula sambung makan di rumah (saya la tu).
Bila dah datang semua penyakit barulah sedar diri. Ubat tak mahu ambil tetapi nak amal pemakanan kononnya makanan sunnah. Cara hidup masih tak tukar kepada pemakanan ikut cara Nabi. Cuma beli pemakanan segera daripada tin berlabel sunnah.
Nabi tak ajar begitu. Nabi ajar cara hidup sihat dengan kurangkan makan, lebihkan kerja. Bukan makan belasah semua, lebihkan berehat dan berlingkar kemudiannya cover dengan makanan segera daripada tin. Salah konsep tu.
Masih belum terlambat nak berubah. Jika sudah pun datang penyakit, ambillah ubat mengikut nasihat doktor. Ubah cara pemakanan, banyakkan berpuasa. Lebihkan ibadah, lebihkan kerja, ubah gaya hidup. Setelah badan kembali sihat, besar kemungkinan ubat-ubatan doktor akan kurangkan.
Nabi ajar makan untuk hidup. Tapi umat Nabi hidup untuk makan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...