Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat...
14 dan 15 april baru-baru ini, kami sekeluarga telah habiskan masa berjalan-jalan ke bukit fraser.
Bukit fraser adalah salah satu lokasi percutian tanah tinggi di Malaysia. Terletak di dalam pentadbiran Majlis Daerah Raub...
Lokasi yang kurang popular berbanding cameron highland, genting highland dan bukit tinggi...
Kami melalui jalan Bentong hingga ke bukit fraser... jalan alternatif lain adalah melalui kuala kubu baru... sememangnya jalan bengkang bengkok... dan menguji skill pemanduan.... husband aku lulus hahaha... aku tak sempat snap picture... busy dengan anak-anak...
Biarpun kurang popular...
Tetapi masih terpelihara alam semulajadinya. Suasana yang nyaman dan bersih...
Kali ini aku akan kongsikan beberapa tips untuk bercuti ke bukit fraser...
Pertama sekali anda boleh pilih untuk balik hari atau bermalam...
Jika anda ingin balik hari masa agak suntuk untuk anda berjalan dan mencuba aktiviti yang ada di bukit fraser...
Jika anda bermalam... anda memiliki lebih banyak ruang dan peluang mencuba aktiviti yang ada di sini... dan jika suka jungle trekking ada banyak lokasi menarik yang boleh anda cuba...
Aku dah buat tempahan di Puncak Inn Hotel lebih awal...untuk keselesaan dan pastikan ada bilik untuk bermalam...
Maklum la berjalan bawa anak kecil kan...
Aku pilih bilik paling besar dan selesa Junior Suite dengan harga RM170 beserta sarapan untuk 2 orang... sarapan ni bergantung pada kuantiti tempahan bilik pada hari tersebut... jika ramai menu buffet akan disediakan dan jika tak ramai mereka akan sediakan menu ala carte...
Kelengkapan bilik tip top, luas, bersih dan kemas. Boleh bagi 8/10 bintang.
Katil king, couch, water heater, kipas (tak de aircond sebab memang dah sejuk), tv LCD, dan lain-lain kemudahan...
Sebenarnya banyak pilihan penginapan yang ada... hotel, apartment atau banglo...dan harga pun pelbagai... boleh google dan lihat review yang sesuai dengan bajet anda...
Pertamanya ketika kami sampai... kami terus menikmati makanan tengahari di Hamzah Stall yang terletak bersebelahan masjid bukit fraser. Lokasi agak tersorok.
Kami makan nasi putih, ayam goreng dan sayur (2 pinggan), teh 'o' ais 2 dan milo ais 2... total RM18...
Kemudian check in sekitar pukul 1.30 petang.... masuk bilik dan tidur...
Sebelum maghrib husband ajak makan... malas nak naik kereta... jadi kami makan di Restoran D' Olio yang berada di bawah hotel...
Menu
Nasi goreng kampung - RM8
Nasi goreng cina - RM8
Wedges - RM5
Kopi 'o' ais - RM3
Milo ais - RM3.50
White Coffee Ice - RM3.50
Total RM31
Rasa boleh lah... 6/10...
Lepas tu balik bilik husband nak solat...
Siap solat kami pi jalan-jalan... jalan kaki dan naik kereta...
Tapi tak de apa pun boleh buat malam-malam...
Keesokan harinya
Ni gambar dari dalam bilik... depan sana tu Shahzan Inn Hotel
Sarapan pagi menu sederhana tak lah terlalu banyak pilihan... rasanya pun boleh lah... ada western, malay dan chinese... tapi tak boleh lawan masa kat Damai Puri Resort & Spa kat sarawak... sebab banyak giler menu...
Layan anak-anak banyak songeh... susah nak makan sebab diaorang tak sabar nak naik kuda dan bot...
Okay kami teruskan aktiviti
Pergi ke The Paddock
Dulu-dulu menunggang kuda harga murah je... sekarang dah up sikit... pusing 1 bulatan...
Dewasa - RM9.50
Kanak-kanak - RM6.50
Dewasa dan kanak-kanak - RM11
jadi total kami RM22
Masa aku nak turun kuda... haha aku perasan hubby risau bini comelnya ni terjatuh... kemain jaga ala-ala nak tolong dukung gitu... hahaha i know u luv me... muahaha
Lepas tu kami pergi ke Allan's Water
Ahmad semangat nak naik bot yang kayug tu... tapi tak boleh sebab tak cukup tinggi... jadi ahmad dengan alisha bagi ikan makan...
Bot tu kalau nak naik harga sekali naik dah up sekarang ni RM9.50 untuk 1 bot. Boleh naik 2 orang.
So, ayah dan baby nu'man main bola gergasi lah...
Sekali naik RM10...
Lepas tu kami pergi kebun bunga dan sayur... cuci mata je...
Masuk percuma... tau...
Lepas tu balik bilik... tu pun ada lagi tempat kami tak sempat pergi... kat sini ada aktiviti memanah, menaiki pedal boat, mandi air terjun, jungle trekking, melihat burung-burung, pergi ke galeri burung, makan-makan... bermain golf atau mini golf...
dulunya jalan ke Bukit Fraser kena bergilir-gilir untuk naik ke puncak... sekarang dah berbeza... laluan turun dan naik melalui jalan yang berlainan... so tak de problem sangat la biarpun jalan memang sempit dan bengkang-bengkok...
Call je untuk mengetahui tentang bilik yang masih kosong... anda boleh pilih, hotel, apartment atau banglo...
No comments:
Post a Comment