GENG LENSA HIDUP

11 November 2016

PERKAHWINAN: LELAKI PILIH 4, WANITA TERIMA 2


Siapa mampu jaga ikhtilat berlandaskan iman dan taqwa in shaa allah pasangan itu bahagia ad dunya wal akhirah.

Lelaki pilih 4, wanita terima 2...

Bila sampai masanya, lelaki kena pilih bakal isteri. Wanita pula kena pilih bakal suami.

Lelaki:

Wahai saudara, apakah sifat wanita yang perlu dipilih oleh lelaki?

Jawapannya ada dalam hadis berikut:

تُنكَحُ المرأةُ لأربَعٍ : لمالِها ولحَسَبِها وجَمالِها ولدينها، فاظفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَداكَ
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري -  المصدر:صحيح البخاري -  الصفحة أو الرقم: 5090
خلاصة حكم المحدث:  [صحيح]

Maksudnya: "Wanita dikahwini kerana 4 sifat: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan keagamannya. Maka hendaklah engkau pilih wanita yang berkeagamaan, pasti beruntung kedua tanganmu."

Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari, No. 5090.

Ertinya, jika anda wahai lelaki ingin berkahwin, pilihlah wanita yang mempunyai 4 sifat; berharta, berketurunan baik, cantik dan beragama.

Namun, realiti hidup menunjukkan tidak semua wanita mempunyai 4 sifat ini sekaligus.

Justeru, jika 4 sifat ini tidak terkumpul, apa yang anda perlu lakukan adalah menekankan sifat keagamaan seseorang wanita itu. Inilah sifat wajib dalam pemilihan bakal isteri.

3 sifat yang lain itu hanya menjadi sunat sahaja. Jika ada Alhamdulillah! Jika tiada, "no problem".

Wanita:

Wahai saudariku yang ingin berkahwin, apakah sifat yang perlu anda pilih pada bakal suami anda?

 jawapannya ada dalam hadith berikut:

إذا خطبَ إليكم مَن ترضَونَ دينَه وخلقَه ، فزوِّجوهُ إلَّا تفعلوا تَكن فتنةٌ في الأرضِ وفسادٌ عريضٌ
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني -  المصدر:صحيح الترمذي -  الصفحة أو الرقم: 1084
خلاصة حكم المحدث:  حسن صحيح

Maksudnya: Jika masuk meminang seorang lelaki yang kalian reda keagamaannya dan akhlaknya, maka hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kalian tidak lakukan, pasti akan berlaku fitnah di dunia dan kerosakan besar.

Hadis riwayat Al-Imam Al-Tirmizi, No. 1085. Dinilai Hasan Sahih oleh Al-Albani.

Ertinya, wanita mesti pilih 2 sifat utama pada bakal suaminya. 2 sifat ini adalah beragama dan berakhlak.

Kenapa 2 sifat ini? Kerana suamilah yang wajar mengepalai keluarganya. Justeru, di samping keagamaan yang baik, suami amat-amat memerlukan akhlak yang mulia.

Sebagai pemimpin, suamilah yang kena melayan karenah isteri dan anak-anak. Jika suami kurang berakhlak, habislah, rosaklah keluarganya. Kemungkinan besar si suami ini akan mengabaikan tanggungjawabnya. Kemungkinan besar dia akan menzalimi isteri dan anak-anaknya. Kemungkinan besar dia akan jadi dayus...

Lelaki dan wanita:

Wahai saudaraku, wahai saudariku...

Ingatlah! Nabi salalahu alaihi wasallam menjelaskan baiknya seorang lelaki itu adalah bila dia baik kepada isteri dan keluarganya:

خيرُكم خيرُكم لأهلِه وأنا خيرُكم لأهلِي
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: الألباني -  المصدر:صحيح ابن ماجه -  الصفحة أو الرقم: 1621
خلاصة حكم المحدث:  صحيح

Maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah yang baik kepada 'ahli'nya (isteri dan keluarganya)."

Hadis rwayat Al-Imam Ibnu Majah, No. 1621. Dinilai sahih oleh Al-Albani.

Tuntasnya, lelaki akan menjadi baik bila dia baik dengan Tuhannya. Ini tidak mencukupi, kerana sebagai manusia, lelaki mesti juga berbuat baik kepada manusia lain. Dan manusia yang paling perlu dilayan dengan baik oleh lelaki, selepas ibu dan bapanya; adalah isteri dan keluarganya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...