GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts

01 December 2014

5 HOTEL UNIK DI MALAYSIA

Assalammualaikum...

musim cuti sekolah dah tiba... merancang untuk bercuti? di lokasi yang unik? tetapi dengan bajet yang rendah? di sini ada pilihannya...

dengan modal kurang RM200 untuk satu malam.... anda mampu merasai pengalaman lain daripada yang lain....


Time Capsule Retreat (Sungai Lembing Pahang)

ini adalah hotel mini yang dibina di dalam kolong konkrit... dilengkapi dengan penghawa dingin... tandas dan bilik mandi dikongsi bersama... dan kos bermula daripada RM99 untuk satu malam...



Bustel (Klebang, Melaka)

bas hotel.... pertama di Malaysia... hotel yang dibina di dalam bas... dilengkapi aircond... untuk keselesaan pengunjung.... juga disediakan restoran dalam bas... sesiapa yang sukakan keunikan... anda mesti cuba!!!

harga bilik bermula daripada RM80 untuk satu malam...



Hotel Kapal Selam (Pantai Klebang, Melaka)

masih lagi di melaka... kapal selam yang menyediakan tempat penginapan buat pengunjung.... unik bukan? pakej bermalam bermula RM150 untuk seorang....



Hotel Pelantar Minyak (Sipadan, Sabah)

Seaventures Dives Resort... hotel pertama yang dibina atas sebuah pelantar minyak yang diubah suai... terletak di perairan kepulauan Sipadan... juga sebagai platform untuk peminat aktiviti selam skuba... harga bermula daripada RM118 semalam...



Tubotel (Pantai Chenang, Langkawi)

nak rasa pengalaman tidur dalam kolong konkrit? bolehlah cuba Tubotel yang terletak di pantai Chenang, Langkawi... harga bermula RM100 tidak termasuk sarapan ....

apa lagi? jom bercuti!!!

p/s: harga tertera tertakluk kepada pindaan pemilik hotel berkenaan... =)


27 October 2014

SEPERTI DI NEW ZEALAND









ini adalah Kundasang Dairy Farm
kira-kira 93km daripada Kota Kinabalu

anda boleh menaiki kapal terbang jika anda dari semenanjung
dan turun di Kota Kinabalu

apabila tiba di sini anda boleh menyewa homestay bagi yang memiliki bajet rendah... serenda RM80 per night hingga yang beratus-ratus pun ada

selain Kundasang Dairy Farm... anda juga boleh pergi ke Kinabalu Hotspring, mendaki Gunung Kinabalu, pergi ke Strawberry Farm dan juga Rumah Terbalik

paling minimun percutian sebegini sesuai sekitar 3 hari 2 malam... itu pun mungkin agak terkejar-kejar... nak lagi selesa kena lama lah sikit... dan bajet kena lebih =)

papan tanda ke KK Hotspring

salah satu penginapan di Kundasang

ada baiknya anda rancang perjalanan sebaik mungkin sebelum pergi cuti-cuti di Sabah...
enjoy your day!!!

p/s: jika anda dari sabah mungkin kos agak murah... tapi jika dari semenanjung... makan ribu-riban jugak... nak-nak yang bawa anak-anak dan keluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...