GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

28 July 2010

MAKSUD NAMA-NAMA BULAN ISLAM


salam 
apa khabar semua?
kali nia ku nak share tentang maksud nama bulan-bulan Islam


Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, budaya ini diteruskan lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.


MalaysiaKini

p/s: sape penah bace ni aku eksport dari blog aku lagi satu 'TENTANG BULAN' yang da tutup =)

27 July 2010

PERKATAAN TAMIL DALAM BAHASA MELAYU

ini betul-betul Tamil =)

salam
tadaaaaaaa....
moga semua sihat walafiat...

kali ni aku nak share antara perkataan Tamil yang diambil dan diubahsuai menjadi Bahasa Melayu... ermmm... agak-agaknye ape ye?

ni adalah kat-kata pinjaman daripada bahasa Tamil...

Bahasa TamilBahasa Melayu
akkakakak
kadaikedai
kappalkapal
katikamketika
muthumutiara
nagaramnegara
purvapurba
rajaraja
suniyamsunyi
talitali
udayamudaya
vakaibagai
bhumibumi
SuryaSuria

ok thambi?
yenna?
yenna deyy... yenna pooooo... (sambil goyang-goyang kepala)

sumber: wiki

p/s: percaya atau tak? satu-satunya filem hindustan yang tak de adegan gaduh-gaduh adalah filem KUCH KUCH HOTA HAI...

21 July 2010

KHASIAT DURIAN

MUSIM DURIAN by MR.OS

salam
moga semua sihat di musim durian...
huhuhu... haaaaaaaaa makan durian tau... 
tapi khasiat durian hang pa tak tau... moh layan jap...

Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.



Nilai Nutrisi setiap 100 g durian
* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144



Sumber: http://thesecretmedicines.blogspot.com

p/s: tocey tocey tocey... sudi berkongsi... 

20 July 2010

LIMA RAHSIA


salam
berkongsi dengan apa yang ada dalam DVD yang aku ade..
lame tak buka... macam-macam ado.... layan...

Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT, ibarat setitik air dalam lautan. Banyak rahsia atau perkara ghaib yang kita manusia tidak mungkin dapat tahu. Dan walau setinggi manapun ilmu kita, perkara ghaib itu hanyalah milik Allah SWT saja. Ada lima kunci rahsia hebat yang hanya Allah saja yang tahu.


Hadith:
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda:
Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.Tiada seorang pun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah.Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.
(Bukhari)


Huraian:
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja.


Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah: kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.”

19 July 2010

KAROTEN KHASIAT TERLINDUNG


salam
lame rasenye tak menaip entri tentang kesihatan...
juga menaip dengan ayat-ayat serius... hehehe... jom bace tentang karoten

karoten dan sterol tumbuhan memberikan khasiat yang terselindung di dalam pemakanan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan. 

karoten ialah molekul pro-vitamin A larut lemak yang khasiatnya sudah lama dikaitkan dengan tubuh badan yang sihat. 

pakar pemakanan mengesyorkan supaya kita memakan makanan yang seimbang dan melebihkan kepada buah dan sayuran. wujudnya karoten dan phytonutrient di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat dikenal pasti dari warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri. 

tumbuh-tumbuhan sebenarnya menyumbangkan lebih 500 jenis karoten yang kebanyakannya terkandung di dalam protoplasma buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri. 

walaupun memakan sayuran hijau dan buah-buahan dapat membekalkan karoten yang cukup, kajian mendapati bahawa bioavailability sumber karoten adalah terhad. Ini adalah kerana enzim yang ada dalam sistem pencernaan kita harus memecahkan protoplasma dan membebaskan karoten untuk diserap oleh badan. sekiranya karoten itu diserap di bersama minyak atau lelemak, bioavailabilitinya adalah lebih tinggi. 

di sini minyak sawit memainkan peranan yang penting. warna minyak sawit mentah yang diekstrak dari buah sawit yang oren-kemerahan adalah disebabkan oleh kandungan karoten yang tinggi - lebih kurang 800 hingga 1000 m/kg. 

ia juga didominasi oleh karoten alpha dan beta yang tidak ada pada minyak sayuran yang lain. 

proses untuk mendapatkan olein sawit yang dilakukan secara konvensional tidak dapat membendung karoten daripada musnah akibat dari suhu pemprosesan yang tinggi. dengan kaedah baru yang dipelopori oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kandungan karoten di dalam minyak sawit dapat dikekalkan. 

Khasiat Karoten 

fungsi utama karoten ialah sebagai pro-Vitamin A. isomer pro-Vitamin A yang paling aktif ialah ß-karoten diikuti oleh a-karoten. 

karoten dari minyak sawit didapati mengandungi kadar bioavailabiliti yang paling tinggi di antara semua sumber karoten tumbuhan. ini telah mendorong ahli sains dan pakar pemakanan untuk mengkaji keupayaan minyak sawit merah dalam membantu mengatasi masalah kekurangan Vitamin A di mana membabitkan kira-kira 15 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang berisiko menjadi buta. 

minyak sawit merah digunakan di dalam pelbagai bentuk untuk menyalurkan pro-Vitamin A kepada kanak-kanak yang menghadapi risiko kekurangan zat. penemuan yang konsisten dari kajian mendapati bahawa masalah kekurangan Vitamin A di kalangan kanak-kanak itu dapat diatasi dengan pengambilan sekurang-kurangnya 1 sudu makan minyak sawit merah setiap hari. 

apabila ibu yang menyusu memakan makanan yang dimasak dengan minyak sawit merah, kandungan karoten di dalam susu ibu didapati meningkat secara mendadak. dengan cara ini, karoten pro-Vitamin A dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu dan dilihat pada peningkatan kadar plasma retina (plasma retinal level). khasiat minyak sawit merah ini juga boleh di dapati dari makanan yang diberi kepada kanak-kanak yang baru berhenti menyusu. 

selain dari aktiviti pro-Vitamin A, karoten mempunyai fungsi-fungsi fisiologikal lain seperti pengantioksida, meningkatkan fungsi sistem imuniti dan aktiviti anti kanser. 

antara kesan positif hasil dari pengambilan makanan yang mengandungi sumber karoten yang tinggi ialah pengurangan risiko mascular degeneration, katarak, dan penyakit jantung.

18 July 2010

AIR MATA NABI ADAM A.S

sekadar hiasan


salam 
moga anda semua bertambah sihat dan berkat
bila aku kurang dapat sempat menaip... 
ni la masanya aku akan kongsikan emel dari korang... 


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.


Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."


Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Wallahualam..


emel: azmidi mat nawi a.k.a midy

14 July 2010

INGINKAN POPULARITI? CUBALAH SENDIRI...


salam
moga semua sihat dan sentiasa dalam lindungannya....
mesti ramai yang nak blog korang femes kan?

huhuhu...
nak femes sebab entri best ke?
nak femes supaya dapat buffered earning ke?
tak kisah lah pape pun keinginan korang...
jom try add URL korang kat ketiga-tiga enjin carian ni...
google, yahoo dan bing...

bagi GOOGLE:
1. mula-mula pegi kat URL ni http://www.google.com/addurl
2. isikan URL blog/web korang di ruangan URL
3. isikan ruangan komen (disyorkan letak keyword blog/web korang)
4. klik button add URL

bagi YAHOO:
1. pergi ke  http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
2. klik submit site feed
3. masukkan URL site feed
4. klik button submit site feed (sign in account yahoo dulu)

bagi BING:
1. pergi ke  http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
2. masukkan URL web/blog ke ruangan URL
3. klik submit URL

mahukan populariti? cubalah sendiri =)

p/s: kurang sempat taip entri macam dulu-dulu... ade urusan lain =)

08 July 2010

MERUNGKAI MASALAH SOLAT


salam
petikan daripada emel yang bertanya

akum cik xyz
macam mana nak solat sedangkan ayah saya sakit dan selalu dalam keadaan berhadas ketika di hospital. ayah saya pun pakai pampers. dah tua

berkongsi apa yang ada... apa yang aku tau... mudahan suatu ilmu dapat dipanjangkan... dan dimanfaatkan oleh semua...

sebagaimana yang kita semua tau solat tu tiang agama... sakit ke... nak mati ke... apa pun terjadi kita mesti solat... tak solat berdosa... tu je hukumnya.... kecuali mati... gila... tak sedar... ye tak?

sabda Rasulullah s.a.w:
sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

pernah tak korang dengar tentang solat hormat waktu?
pernah tak korang dengar tentang rukhsah solat?

ape tu?

rukhsah solat adalah keringanan untuk orang yang bermusafir atau dalam keadaan sakit. dulu aku penah wat rukhsah solat selain jamak dan qasar... mase tu aku tak berapa nak sihat... so sembahyang baring pun ade... duduk pun ade.... tu kita panggil rukhsah... keringanan atau kemudahan... rukhsah ni mestilah dilakukan dalam keadaan berwuduk dan tak perlu diqada' semula.... sifatnya seperti sembahyang yang lain... cuma ada keringanan dalam pergerakan solat atas sebab dalam kesakitan... atau bilangan rakaat yang dipendekan kerana sedang bermusafir....

berbeza pulak dengan solat hormat waktu.... solat yang dilakukan dalam keadaan darurat... kita mengetahui sudah nak habis waktu solat... tetapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakan kita tak boleh nak bersolat... andaikata tersekat dalam kesesakan lalu lintas ke.... atau apa-apa situasi yang dibenarkan.... solat sebegini adalah solat tanpa wuduk... hanya niat dan perlu angkat takbir je... atau buat sekadar yang mampu... supaya kita tak berdosa... kemudian apabila dalam keadaan yang selesa solat perlu diqada' kembali.... solat cam ni... sesuai gak untuk mereka yang terlantar kat hospital.... dan tak leh nak pi ambik wuduk ke... atau sentiasa berhadas misalnya... memang perlu memakai pampers.... cam tu la contohnya.... dan setelah sihat perlulah jugak diqada'

menurut Imam al-Syafie, barang siapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus ditanya: mengapa kamu tidak bersolat? jika dia menjawab: saya terlupa. maka katakanlah: solatlah engkau ketika sudah ingat. jika dia menjawab: kerana saya sakit. maka katakanlah kepadanya: solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan isyarat. apabila dia menjawab: saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya. maka katakanlah kepadanya: solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah. jika tidak kami akan membunuhmu. (Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafie karya Dr Muhammad A W al-Aqil)

apapun hukuman bunuh hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim yang sah dalam sesebuah negara melalui proses kehakiman. haaaaaaa kan betul -betul seriusnya hukuman bagi yang meninggalkan solat secara sengaja.... 

so... usahakan untuk solat dengan sempurna biarpun hanya rukhsah solat.... jika tidak mampu barulah dibenarkan solat hormat waktu.... hangpa pi shopping ka... tak de qada' qada' na...

wallahualam....

07 July 2010

KENAPA PENDEK?

sekadar hiasan "manusia dan cerita pendek"

salam
bersiaran lagi...
berkongsi apa yang pernah aku lihat
berkongsi apa yang pernah aku dengar
berkongsi segala info yang ade....

pernah dengar perkataan yang panjang dan telah dipendekkan?

jom aku bawak korang semua review ape perkataannya...

KUGIRAN = Kumpulan Gitar Rancak
CERPEN = Cerita Pendek
LAMPICK (LAMPIK) = Lambat Pick Up
TIARAH = Tiada Arah
TENUSU = Ternakan Untuk Susu

aku rasa ade banyak lagi... tapi dah tak berapa nak ingat... mungkin bila disebut akan ingat semula... ade sesape nak tambah?

06 July 2010

GROUND PROXIMITY WARNING SYSTEM (GPWS)


salam
harap semua sihat walafiat ye...
pe bende la Ground Proximity Warning System (GWPS)?
satu alat yang dicipta untuk kegunaan juruterbang (biasanya)juga untuk pengangkutan udara... untuk memberi isyarat pada kapal terbang... (biasenye la)... merupakan sebuah radar.... kadang-kadang ade orang istilahkan komputer bercakap....

















warna merah... hijau... kuning... tu semua ada nilai ketinggian yang berbeza-beza... bende ni mirip gak dengan GPS (Global Positioning System) - sistem penentududukan global... EGPWS pun lebih kurang je... senang cakap alat nak elakkan kemalangan udara la... tapi kalau nak eksiden gak nak wat cam ne ye... huh!!! =)

p/s: saje nak kongsi sebab aku suka kapal terbang... nak tengok lagi banyak extreme landing carik la kat youtube ye... =)

05 July 2010

THE SECRET OF GARCINIA MANGOSTANA

salam
hai semua...
lama tak melayan blog rasanya...
hehe... ermmmmm

garcinia mangostana adalah nama saintifik bagi manggis... okay mula-mula aku nak ajak korang tengok gambar buah manggis... 

tak best la kan tengok je gambar... tau makan je... tapi tak tau rahsia buah manggis kan? jom layan lagi sekeping gambar ni....


cuba korang tengok gambar yang aku da letak petak merah tu... kira bilangan mende alah tu... ade 6kan? erm..... bila korang 'kopek' kulit manggis tu... isi kat dalamnya pun ade 6 ulas.... tak caye?

haaaaaaaaaaa..... kan betul... ade 6 ulas.... tu la tips orang dulu-dulu.... rahsia berapa ulas isi manggis.... kalau korang puas hati dan tak caye.... setiap kali sebelum kopek manggis sila la bilang dulu ye.... jadikan satu eksperimen....

selain daripada tu.... manggis juga dikenali sebagai 'ratu buah'... yang terkenal dengan khasiatnya.... sebagai antioksida... selain isi yang berwarna putih... dan agak licin... entri sebelum ni pun aku penah ceritakan tentang khasiat buahan dan sayur berwarna putih kan? erm.... pendek kata manggis ni memiliki nilai perubatan yang tersendiri....

selain daripada kulitnya... yang kini semakin popular disebut-sebut untuk merawat pelbagai jenis penyakit.... selain tu kita takkan jumpa ulat di dalam buah manggis.... walaupun ade struktur isinya yang sudah busuk... itulah rahsia buah manggis... tak caye ujilah sendiri.... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...