GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

11 November 2013

SURI RUMAH DILARANG SAKIT

Assalammualaikum

Tajuk macam keras je bunyinya....

Ya memang benar dalam Islam suami digalakkan membantu isteri.... dan Rasulallah juga sering membantu isteri di rumah....

Tetapi jika kita lihat pemikiran zamam tok nenek kita.... bagi masyarakat melayu khususnya.... isteri mesti bertungkus lumus di dapur.... tu tak masuk lagi buat macam-macam kerja lain.... seperti sidai kain, basuh kain, lipat kain, jaga anak, uruskan anak, kemas rumah.... ehh macam-macam lagi lah....

Suami rileks je.... dok gulung rokok daun.... then isap... pegi main dam aji kat kedai kopi... tidur.... dan sebagainya... bukan tak boleh buat tu semua... tetapi jengah lah isteri kat dapur sekali sekala.... itulah fenomena yang kita biasa nampak pada zaman tok nenek kita...

Kini.... 
Pemikiran sebegitu dah semakin berkurang dan sudah ramai suami yang tidak segan membantu isteri di dapur... membantu isteri mengemas.... dan pelbagai lagi kerja rumah....

Cuba anda bayangkan.... jika suami tidak membantu isteri...
Isteri demam cuma sehari... apa akan jadi? Ya... baju tak berbasuh... pinggan kotor berlonggok dalam singki.... anak kelaparan...  nak harapkan minum susu je... rumah berselerak... after recovered from fever... oh god!! Boleh demam balik bila tengok rumah yang tak berapa nak 'kemas'

Tu kisah jika semua urusan di rumah seperti 'wajib' dilakukan oleh isteri....

Slogan 'Suri rumah dilarang sakit'  huhu mati tak pe.... sebab laki boleh kawin lagi....

Dengan adanya ceramah agama... dan penyampaian ilmu agama yang semakin meluas... suami masa kini sudah tak segan dan semakin rajin membantu isteri di rumah... wahhh syukur alhamdulillah....

Mungkin hanya segelintir sahaja lagi yang bersikap bossy.... ketika berada di rumah....

Sekian... renung-renungkan....


30 July 2012

ANTARA TERIMA KASIH DAN TANGGUNGJAWAB

salam dan selamat sejahtera buat semua...

semoga semuanya sihat selalu...

suami: nah duit belanja
isteri: terima kasih abang...
suami: tak payah terima kasih... dah memang tanggungjawab...

biasanya seseorang yang menerima sesuatu akan ucap terima kasih.... 

tanggungjawab pulak adalah sesuatu yang terpikul ke atas seseorang dek sebab kerana beliau seorang ketua negara, suami, atau sesiapa yang sewaktu dengannya...

seseorang yang memikul tanggungjawab tak perlu mengharapkan terima kasih daripada orang dibawahnya atau memaksa orang berterima kasih... kerana itu adalah tanggungjawab....

dalam siatuasi kat atas tu... kita leh aplikasikan dalam pelbagai keadaan masa kini... waima seorang tokoh politik... jadi renung-renungkan...hi3


TQVM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...