GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label sedar sejenak. Show all posts
Showing posts with label sedar sejenak. Show all posts

15 July 2010

BARANG NAIK, NASI LEMAK DAN KOPI 'O'


salam
apa khabar semua....
moga sihat sentiasa okay...

boleh senyum lagi?

perkhabaran terbaru harga petrol, diesel, gula, dan liquid petroleum gas (LPG) akan naik tepat 12 tengah malam ni... okay maca? hihihi... khabar ni dah pun diumumkan dalam BULUTIN UTAMA a.k.a BULETIN UTAMA... nak tengok senarai harga terbaru klik SINI

ni bukan entri provokasi... santai je kalau korang bace.... sambil ajak otak korang berfikir sejenak... apasal tajuk entri aku cam tu?

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra: 26-27).

lepas harga barang naik... atau pun sebelum-sebelum ni pun... memang kita dah lali dengan ceramah agama yang menyentuh isu pembaziaran... ye tak? Forum Perdana, Al-Kuliyyah dan macam-macam lagi rancangan yang ade kat dalam TV ... radio... 

maka ramailah ustazah dan ustaz yang dibayar untuk berceramah perihal jimat cermat... sangat selalu aku tengok dan dengar... korang selalu tak dengar? huhuhu... siapa yang selalu datang dan angguk-angguk bila dengar ceramah ni? makcik-makcik, pakcik-pakcik.... kita semua la.... golongan bawahan... ye tak? dalam ceramah tu pun ustazah atau ustaz akan sebut adik kakak... abang-abang... makcik pakcik... betol tak? "jangan la kita membazir... membazir tu amalan syaitan...." dan macam-macam lagi yang dikhabarkan kat kita semua... 

kenapa dalam ceramah tu ustaz dan ustazah tak sebut sekali YB-YB sekalian pun jangan membazir? pihak atasan.... jangan lah kamu semua membazir... kerana membazir tu amalan syaitan... kenapa tak sebut cam tu? kan kuar kat TV... asyik kabo kat makcik-makcik je... pakcik-pakcik je... yelah penceramah semestinya dah dibayar oleh penganjur... dan kalau menyentuh isu sensetif bimbang akan digam betul tak?

maka khusyuklah makcik dan pakcik mendengar tentang azab yang akan diterima dek kerana membazir... bermacam dalil yang dibacakan untuk kesedaran makcik-makcik dan pakcik-pakcik... cukup insaf makcik-makcik hinggakan teringat tentang tulang ikan yang masih belum habis telah dibuang begitu saja suatu masa dulu... itu juga termasuk dalam istilah membazir...

apa sangat yang boleh dijimatkan oleh orang-orang bawahan? yang memang hasilnya hanya cukup makan... mahu tanggung anak-anak yang perlu disusukan... disekolahkan... diberikan pelajaran... 

adakah dengan cara begini boleh menyelamatkan negara kita?
ya... begini caranya... dulunya makan nasi lemak sebungkus seorang kini dikongsi berdua... kopi 'o' yang dulunya hitam... kini dibancuh dengan warna hitam yang samar-samar... ohhhhhhh memang memberi kesan ceramah tu... jimat cermat..

persoalan:
apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan? 

sebelum harga minyak naik,  telah sekian lama mereka yang berada diteratak usang tu berjimat makan dan pakai. saban hari mereka mengira belanja untuk membolehkan mereka terus hidup di kala kerajaan belum menaikan harga barang dan petrol lagi...

aku bukan nak sembang tentang perjalanan ekonomi antarabangsa. ramai dah yang bercerita. tapi aku nak bincang soal pembaziaran dan jimat cermat. ye... Islam memusuhi pembaziran... sebagaimana dalam ayat al-quran kat atas tu... 

macam tu la Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan... kesan pembaziran sangat besar... tengok je la negara kita yang kaya dengan pelbagai hasil... sepaptutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ni dengan adil... namu disebabkan pembaziran... harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun... boleh susut mendadak dalam beberapa tahun je...

barang keperluan bertukar menjadi mahal... bantuan yang sepatutnya sampai pada yang berhak tak dapat diagihkan dengan sempurna... persoalannya adakah setiap kali kita semua bercerita tentang pembaziaran kita terbayangkan orang-orang bawahan yang tinggal di kampung atau di bandar je? jika kita mahu berjimat cermat dan tidak mahu membazir... kenalah dimulakan dengan orang-orang atasan... bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang memang telah sekian lama berjimat... hingga tak tahu ape lagi yang nak dijimatkan... mengapa kita perlu terbayang rakyat yang tinggal di rumah persendirian dengan duit poket yang telah lelah?

sedangkan yang di atas leka bermain golf... menghadiri majlis keramain di luar negara... membeli belah dengan mewah... melakukan itu dan ini... rakyat yang membilang butir beras yang entah cukup ke tidak... disuruh jangan membazir...

rasanya cukuplah... renung-renungkan...

wallahualam...


info: esok tepat pukul 5:28 minit petang 16 julai 2010 matahari tepat di atas kaabah... so boleh lah setting balik arah kiblat yang sebenar korang ye... jangan lupe ambik kayu... check it out bebeh...  =)

MAKHLUK YANG DICIPTA... SETELAH 'HIDUP' DIMATIKAN...



salam
moga semua sihat sejahtera hendaknya....
cite tentang hidup ngan mati la pulak ye... hehehe
boleh kan? kan? kan?

kematian terjadi apabila makhluk yang bernama 'hidup' itu di'mati'kan dan makhluk yang bernama 'mati' itu di'hidup'kan.... ringkas saja definisi ini... semua orang tidak tahu bila mungkin dia akan mati... atas nikmat 'tidak tahu' itulah... manusia diberi peluang untuk berusaha untuk pengakhiran hidup yang sempurna...


pengakhiran hidup yang sempurna~~


setiap hari kita tidak lupa berdoa agar diberi nikmat husnul-khatimah... dari saat nafas dihembus, jasad disemadi, perjalanan roh bertemu tuhan, hisab di padang mahsyar dan pengakhiran di syurga... kita doakan semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan....

bukan kita je yang ingin mendiami syurga.... 
malah ahli keluarga dan rakan-rakan tercinta....

sekalipun begitu, apabila kembali melihat corak hidup kita di dunia... ia seolah dua dunia yang terpisah kadangkala.... apabila insaf... makhluk 'mati' menjelma-jelma di kotak fikiran... kemudian kembali bertaubat.

mati itu pasti. bagaimana kita akan mati? kat mana kita mati? siapa teman di kala kita mati? persoalan ni yang akan bermain di benak....

cukup.

tidak perlu kita fikirkan persoalan itu kerana Allah S.W.T telah berfirman..dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya.(Luqman:34)

bagaimana.. bagaimana..
lalu, apa yang perlu kita fikirkan tentang mati ni?

fikirkan je usaha kita menuju 'mati'... apabila makhluk 'mati' akan dicipta untuk menggantikan yang 'hidup'... terputuslah semua amal kita di dunia ini... hanya yang tinggal... ilmu yang bermanfaat yang kita ajarkan... sedekah jariah... dan doa dari anak-anak yang soleh... (au kama qal)

usaha menuju 'mati' ini yang akan dihitung sebagai penentuan 'kebahagiaan' atau 'kesengsaraan' makhluk di akhirat nanti... mari.. persiapkan diri kita sentiasa untuk menghadapi mati... bukan 'mati' itu yang kita takutkan... tapi natijah 'mati' itu yang kita gentar... hanya dengan 'mati'... kita bakal bertemu tuhan.. bakal menghuni syurganya atau sebaliknya (naudzubillah)... manusia yang mengingati mati itu adalah manusia yang bijak... aku pernah bace... cume aku tak ingat mafhumnya... hehehe... sori ye... nanti aku da jumpe balik... aku post...


wallahualam...

p/s: tak tau le apsal selalu letih skang ni... ohhhh minum nescafe pun tak bleh... ermmm

13 July 2010

CAHAYA KITA BAGAIMANA?

penjual gula-gula kapas di Aqabah








hebatnya ALLAH


sesekali mari kita renung langit
kadang damai ada disitu
gerakkan otak sikit....
lihat warnanya biru. putih. cantik
kalah kaler Luna yang selalu kita guna
mahupun Faber Castel yang boleh jadi watercolour 
hanya dengan tambah air


tenung dan renung lagi...
lihat pula pantai...
air sangat jernih
sangat
walau ke tengah lagi aku gerak
tetap ia jernih, bersih


lihat rumpai yang hidup
lihat batu-batu
lihat manusia
lihat matahari
lihat lagi...


bayangkan Allah tengok kita dari atas sana
besar mana agaknya?
atau langsung tiada apa-apa


walau cahaya iman kita?

cahaya kita bagaimana agaknya....


kita manusia...
mahu benih awan sudah gaduh
mahu cipta ulat?
bolehkah...

12 July 2010

PEREMPUAN MENGGODA MENJADI SATU TREND


abang naik honda C70.... boleh tergoda tak?
(macam comel je kalau eman naik C70 waka waka eh eh) 
salam semua
harap sihat selalu...

aku tertarik dengan fenomena berkomunikasi secara lunak manja.... ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan.... bukan je sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri... kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna.... jarang aku rasa kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis seperti yang teritulis di atas.... betol tak??

mesti sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink suatu masa dulu... yang menampilkan dialog lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda... tapi yang mengada-ngada bukan la si jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki tu.... lucu dialognya “tadi kanda sekarang sayang…”, satu dialog ala pekak badak...

walaupun ia hanyalah sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi-jadi dalam iklan produk tempatan.... korang ingat tak iklan syampu ‘sunsilk’? model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk... menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka.... salah satu slot iklan syampu ni memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah... lalu bertentang mata.... tak tau pe kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.... 

sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya malaysia.. kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya... cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut... saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat... bila talian hotlink atau celcom atupun digi tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang... aduhai terasa dunia gelap... sunyi dan sepi.... ke mana kah akan di bawa hati nan lara? hahaha

SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! 
syarikat telekomunikasi juga yang untung..

paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan... saban hari ada ada je cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah... setiap hari ade je kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali... ade je kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda... 

dalam majalah wanita... akhbar tabloid... mahupun akhbar terkemuka... ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati... masalahnya hampir sama... seperti membaca novel, temanya tetap sama... bertemakan cinta terlara... cinta terlarang... kisah hati yang tak bahagia.... kebanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlarang ialah wanita.... bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlarang... tetapi mereka kurang menuliskannya....  untuk tatapan umum... ade seorang blogger lelaki siap delete blog lagi akibat frust bercinta... huhu... (contoh ye bro aku tak sebut name ko ye... dari lirik lagu aku tau ko cukup frust hehehe) mungkin untuk untuk menjaga status... ye ke?? huhuhu

sebagai manusia yang punya agama... aku lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? kenapa aku kata ianya cinta terlarang? apakah agama menghalang manusia bercinta ? tak... bukan tu maksud aku...

malah Islam adalah agama kasih sayang... Islam itu sendiri datang dari perkataan salam... iaitu kesejahteraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih sayang sejagat... sayang sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling... Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya.... kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad... wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan....

firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”

penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan menggoda... berdasarkan kepada permasalahan ni... seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya... sikap sederhana ni bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta... tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda... ye ke? u can ask urself bebeh...

sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang... malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam.... wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya... jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.wt maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan... wanita terpedaya lelaki pula tergoda... kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.... (ini suatu hakikat yang harus diterima) so mesti waspada...

wanita mesti ‘keras hati' untuk mentaati perintah Allah... hanya dengan cara tu je... bahagia yang hakiki akan dapat dirasa... permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari... saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan... bila dah kecundang dan jadi hamba cinta... masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat... masa tu la... kehormatan diri mudah jadi galang ganti... siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? jika kekasih hati mencela dihadapan keluarganya sendiri? mungkin menimbulkan kesedihan dihati snediri... tetapi pada DIA ruang taubat masih ada... pepatah melayu berkata “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna” fikirkan...

sesal kemudian masih berguna... 
kerana ruang untuk bertaubat masih ade...
manusia ada yang terima...
tidak kurang juga mencela.... 
tetapi pada DIA pintu taubat masih terbuka hingga hujung nyawa...
selama mana matahari tidak terbit dari barat... =)

Wallahualam...

11 July 2010

KENAPA AKU KATAKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR TU MERUGIKAN?


salam
apa khabar semua?
harap baik-baik saje...

aku cuba memberikan hasil tulisan yang tak menjadi satu provokasi... tetapi penuh hikamh untuk megajak korang semua berfikir... bukan sekadar untuk hari ni... tetapi pada masa akan datang....

memang malaysia memiliki sistem penilaian berorentasikan peperiksaan... seperti UPSR, PMR, SPM, PTK, dan macam-macam lagi... ape-ape semua mesti kena jawab periksa... periksa dan periksa... ada rakyat malaysia yang suka ada yang tak suka...

sedar atau tak?

setiap kali ada menteri pelajaran baru... mesti ada cadangan baru menggantikan yang lama... ya cadangan tu bagus... kira menteri tersebut ade idea la...

baru je kan... dilaksanakan sains dan matematik dalam bahasa inggeris? tak sampai 10 tahun kot... kemudian sekarang dah dimansuhkan semula.... kira idea tersebut tak lama dipakai...

mase dulu anak-anak kita gunakan buku bahasa melayu je la... untuk belajar sains dan matematik... bila pak menteri suh tukar.... mestilah buku dwibahasa pun mula dicetak bagi menggantikan buku sains dan matematik dalam bahasa melayu.... siapa yang untung? syarikat percetakan.... siapa punya kebanyakan syarikat percetakan bagi buku rujukan pelajar sekolah? cina la kebanyakannya.... yang memang mengaut keuntungan besar setiap kali berlaku perubahan dalam sistem pendidikan semstinya syarikat percetakan yang kebanyakan dimiliki oleh bukan bumiputera....

biasalah anak-anak kita kalau buku tak same dengan cikgu mesti la tak nak guna kan? budak-budak la katekan... padahal ilmu kat dalam nye same je... yang berbeza cuma bahasa... so mak bapak kena la pegi beli buku begitu begini... kalau tiap-tiap tahun tukar itu ini kompem la mak bapak kena belikan jugak untuk anak-anak... demi anak-anak... 

cam tu gak ngan isu terbaru ni... nak mansuhkan UPSR dan PMR... dan mungkin akan ditukarkan dengan peperiksaan lain sebagai penilaian untuk pemilihan anak-anak ke asrama penuh... ape name peperiksaan tu? tukar name periksa je... nanti kompem kuar buku baru... isi same je pasal sains... matematik... tatabahasa... dan lain-lain... tapi cetakan kulit dan format yang ade kat dalam je lain... tentunya anak-anak korang merengek nak beli buku sama ngan cikgu diaorang.... siapa lagi yang kaut untung besar?

orang melayu cuma memiliki kuasa membeli...

sebenarnya bertukar-tukar format peperiksaan.... tukar-tukar bahasa ke... apa pun yang dibuat... bila belajar matematik 1+1=2 jawapan nya tetap sama... pegi lah mane-mane pelusuk dunia... belajarlah guna bahasa apa pun... jawab la guna fomat macam mana pun... jawab la dalam peperiksaan macam mane pun UPSR ke... PMR ke... A-LEVEL ke... jawpan 1+1 tetap akan 2..

yang akan dibazirkan duit.... cikgu-cikgu dibekalkan laptop baru... yelah... nak ajar budak dalam bahasa inggeris.... hantar cikgu-cikgu pegi kursus.... bayar elaun.... mak bapak kena belikan buku baru bila anak-anak mintak... aku cakap ni bukan sebab kedekut... tapi ni suatu ynag merugikan...

macam tu jugak akan jadi jika ada pemansuhan peperiksaan... dibuatnya tak okay... nanti wujudkan kembali UPSR dan PMR.... pi mai pi mai tang tu la jawabnye....

sedangkan yang sangat perlu diambil perhatian adalah mengajar anak-anak membaca, menulis dan mengira... sebab peratusan anak-anak yang tak mampu membaca juga tinggi kat malaysia ni.... juga kemahiran aplikasi... penerapan analogi untuk memudahkan kefahaman anak-anak.... dan elakan pendidikan melalui hafalan tetapi kefahaman suatu pelajaran tu sangat penting supaya mudah untuk anak-anak aplikasikan dalam apa jua keadaan... juga untuk pastikan mereka mudah belajar... gunakan bahasa yang memang mereka dah amalkan sejak kecil.... itu lagi mudah...

aku sendiri selalu tengok budak-budak cina selalu hafal karangan... gila-gila punya hafal... tapi bila cikgu tukar tajuk atau point lain ade je yang tak leh jawab... banyak lagi contoh lain... aku rasa pendidikan kat malaysia ni sangat perlu diubah bukan berdasarkan hafalan... tetapi pemahaman... kritis dan lebih kreatif..... ade kawan aku boleh hafal buku teks biologi... memang sebijik sebijik... tapi bila soalan konar sikit tak leh jawab... sebab dia cuma hafal.... belum tentu lagi faham...

ini cuma pendapat
pendapat manusia kecil macam aku jangan dicela =)

apa pendapat korang?

p/s: nanti aku taip entri anologi dan aplikasi untuk memudahkan pemahaman anak-anak... ceh... aku baru je ajar budak-budak.... ilmu sains yang aku ade... hahaha... tu yang nak share.... aku tak kesah pun korang nak belajar bahasa pe... aku pun belajar gak... skang nak belajar bahasa jepun (kanji) macam susah je.... tu pun belajar ngan adik aku jimat-jimat kakakaka.... huuuuu

SEGALANYA DALAM KENANGAN.... YANG HIDUP JANGAN ASYIK BERANGAN


salam
semoga kalian sentiasa diberkati dan dirahmati
maaf sejak kebelangan ni banyak entri auto publish hihihi...
sempat jalan blog kawan-kawan sekejap-sekejap je...
kekangan waktu yang jadikan begitu =)

yang telah pergi semestinya masih dalam kenangan...
yang hidup pulak makin hampir dengan kematian...

setiap hari bangun dari tidur....
sudahkah kita ucapkan syukur kerana masih lagi bernafas...
kerana usia kita dipanjangkan...
sedarkah kita kematian itu semakin hampir....
insaflah kerana pintu taubat masih lagi terbuka....

ketahuilah tidur juga adalah pelajaran bagi yang hidup merasai kematian... melalui tidur juga Tuhan telah mengajar kita semua hikmah mimpi... adab-adab tidur juga Tuhan telah tunjukkan melaui Nabi... betapa syumulnya Islam sekecil-kecil perkara juga diberi bimbingan... hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.... kenapa manusia masih ada yang membantah?

pastikan tidurmu berwudhuk.... Tuhan akan memelihara rohmu di sisiNYA... jika tidak Tuhan tidak akan memandang mu... akan dibiarkan syaitan dan jin mengganggu... akibatnya ko akan dibuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah... malah boleh menarik kepada kekufuran... 

tidurlah ko di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat... mudah-mudahan mimpi mu dikurniakan hikmah... kerana  ia merupakan satu cara wahyu diturunkan kepada Nabi Allah... tidurlah apabila rasa mengantuk... dan dengan tidur tubuhmu akan mendapat kerehatan... jangan tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan ini akan membuatkan tubuh mu letih dan lesu... dan akal fikiran menjadi lemah...

dan jangan pula menabaikan tidur... kerana akan menghilangkan kewarasan akal fikiran... tidurlah sebagaimana yang disyorkan Islam... sebagaimana ditunjukan Nabi s.a.w... tidur sebelum zohor... dan selebihnya menguruskan urusan dunia di siang hari.... tidurlah sedikit di malam hari.... dan bangun untuk memperhambakan diri di malam hari... inilah tidur yang ideal untuk mencari keredhaan Tuhan...

jauhilah....

amalan tidur dua kali di siang hari... kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan... hindari tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya... dan janganlah tidur di siang hari dijadikan kemestian... kerana ini akan mengeruhkan wajah... dan rezeki menjadi mahal (lawan murah rezeki hahaha)... elakkan tidur menelentang... kaki bersilang... juga tidur meniarap... atau mengangkat punggung... 

tutuplah aurat saat ko tidur... dan tidurlah di tempat yang terselamat dari fitnah.... berlindunglah kepada Allah semoga ko akan mendapat berkat.... ingatlah... masalah tidur sering dianggap remeh... tetapi ini juga antara punca hidup jadi tak terancang... hilang matlamat dan hilang punca... jurang ni la akan dimanfaatkan oleh musuh... 

RECHARGE YOUR ENERGY BEBEH =)

p/s: hamster baru beranak untuk kali kedua... hahaha ade 6 ekor derrrrrrrr... sekor mati... semalam ibu hamster leh terlepas pulak.... nasib aku terbangun... ade bunyi bising.... sangat teruja.... kena beli rumah baru untuk hamster.... 

HADIAH UNTUK KAWAN-KAWAN BLOGGER....

jom singgah blog assoyfinger67, zulkbo, padin, nick irfan, nabilah_2809, ashraffi, iqbal syarie, deena farhana, lok, kak imun, melatidaisy, jane, hiro, jieda, Jaya Jr, unniesya, zack zaifull, Kembara Jr, piewahid, mijie diaorang ni semua best... ape lagi? singgah la..... be friend with them... =)

ramai blogger yang miliki kreativiti dari segi cara persembahan post mereka... 

yang lain pun best jugak =) SINI

10 July 2010

ANALOGI KELAPA DAN KARI KEPALA IKAN


suatu hari sebutir kelapa tua gugur ke tanah setelah ditiup angin kencang... kelapa gembira sebab akhirnya dia akan berjasa kepada manusia... selagi dia tidak gugur selagi itulah dia akan ‘mati’ kekeringan di atas pokok... 


tak lama kemudian dia dipungut oleh tuan punya pokok.... orang itu terus menyiat-nyiat kulit kelapa hingga togel menjadi tempurung bulat.... aduh, jerit kelapa tua kesakitan.... kalaulah dia tahu dia bakal disiat-siat seperti itu, lebih baik mementingkan diri di atas sana....


setelah togel, tiba-tiba kelapa merasakan tubuhnya dibelah dua.... aduhhhh!!! jerit kelapa namun tidak didengari oleh tuan punya pokok... tersemburlah air putih darinya.... air itu segera diteguk oleh tuan kelapa.


tak lama kemudian dia menyagat isi putih kelapa hingga hancur lumat... kelapa berasa sangat sakit tetapi redha... kerana ingin berjasa.... setelah hancur lumat... dia diperah hingga keluarlah santan.... kemudian dia dimasak hingga mengelegak bersama kari dan kepala ikan...


alangkah kecilnya hati kelapa apabila tuan punya tu berkata, “hmmm... sedapnya kari kepala ikan ni,” ketika dia makan hidangan bersama ahli keluarganya.... di mana kelapa? langsung tidak disebut... walhal tanpa santan kelapa tidak mungkin masakan kari kepala ikan itu akan sedemikian enak....


sekian lama kelapa berjasa kepada manusia tetapi nama kelapa tidak pernah disebut sebab sifatnya yang menyembunyi dan berahsia.... dia hanya disebut apabila santan yang digunakan telah menjadi masam.... “huh... tak sedap betul kari kepala ikan ni... tak guna punya santan.... dah basi!!!” hanya ketika itu dia akan disebut tetapi dalam nada-nada yang memaki.


berbuat baik tanpa diketahui orang samalah macam kelapa berjasa pada masakan. justeru, adalah lebih baik memberitahu daripada dibuat tidak tahu. jika anda baik lalu masuk syurga, itu belumlah hebat berbanding anda tidak begitu baik... tapi ramai orang akhirnya masuk syurga lantaran mencontohi kebaikan anda yang mereka lihat... 


manusia kecil sering ditindas
manusia tanpa kuasa sering diperas


p/s:tak semua kebaikan yang ditunjukan itu riak... apa pun bergantung pada hati... jadilah di antara manusia yang bermanfaat

*sebelum publish sesuatu artikel kena bace dua tiga kali takut ade yang pincang. banyak yang nak ditaip... haha.... cuma kadang-kala letih =) macam poyo je kelapa leh cakap aduh... tak tau aku nak taruk perkataan pe... huuuuuu.... yang penting semua makhluk ade roh... nanti aku sembang tentang roh pulak... 

09 July 2010

TERGILA-GILAKAN BAHASA


salam
bahasa tetap bahasa
tahu cakap inggeris jangan nak berlagak pulak
sampai tak ingat dunia bajet lu cukup Amerika

angguk-angguk dengar lagu rock katanya
tak payah lah tunjuk tu semua
angguk dalam umah sudah

jepun idop jugak dengan bahasa sendiri
maju je dengan teknologi
german pun begitu
nak datang sane mesti belajar bahasa mereka

jengkel aku siapa ludah bahasa ibunda sendiri
belajarlah apa yang ko mahu

ayat klasik yang aku takkan lupa


yang buta meniup bedak,
yang pekak membakar meriam
yang kurap memikul buluh
yang bisu menyimpan rahsia
yang cerdik diajak berunding,
yang bebal disuruh arah,
yang rendah menyusuk kalung,
yang tinggi menjulang rabung.


aku sudah jadi penagih buku Hishamuddin Rais =)

p/s: ade readers aku yang memang suka bahasa inggeris... singgah blog ni bila ade entri bahasa inggeris je... aduh macam-macam...  nanti aku wat post pasal bahasa inggeris lagi ye.... even i'm not specialist in english 

PENDIDIKAN SEKS BUKAN SOLUSI

hasil kasih sayang kononnya

salam 
buat semua harap sihat selalu
juga mampu bernafas penuh pengertian 

setuju pendidikan seks di sekolah?
angkat tangan

bantah pendidikan seks di sekolah?
angkat tangan

idea ini muncul setelah ratusan ribu anak luar nikah dikesan

buat atas dasar kasih sayang
buang atas dasar buntu fikiran

sebenarnya aku tak berapa setuju kalau rumah-rumah perlindungan ditubuhkan. untuk bela nasib perempuan begitu. atas dasar beri peluang kedua untuk hidup. itupun jika benar-benar insaf. kalau macam tu semua kesalahan orang berdosa boleh diterima dan dipandang enteng oleh masyarakat.

cuba korang fikir kenapa tok janggut dihukum bunuh dan mayatnya digantung kat pasar dalam keadaan kepala dibawah kaki di atas? sebab penjajah nak bagi pengajaran pada yang lain jangan berani menentang diaorang. gerun tak yang lain?

terapkan nilai islam dengan betul 
laksanakan hukum dengan betul
seluruhnya bukan sekerat-sekerat

pengajaran yang meninggalkan kesan pada jiwa kami

bila...
syaitan jadi kiblat
Tuhan taruk kat belakang
mak bapak letak tepi

nanti...
bila dah mengesot 
Tuhan kita sujud
mak bapak kita cari

Bukit Bintang seperti London Paris New York
tak Amerika lah kalau tak ikut mereka
lebih baik tak yah idop

nak tiru sangat mereka
buat apa ajar pendidikan seks?
setakat nak bagi tau "jangan sampai mengandung ye"
itu lah yang barat ajar

mak bapak pun bukan nak jaga anak pempuan je
anak lelaki pun jangan dibiar jadi perosak anak dara orang 
"jantan buat apa pun tak rugi"
memang tak rugi. pandang dosa pahala. bukan rugi atau tak.

jangan duduk ditengah-tengah manusia subahat
tahu dosa pahala tapi masih lihat tanpa berbuat apa-apa

faham apa yang aku nak sampaikan?

Tuhan ampunkan aku
aku manusia jahil  

maaf jika ada yang terasa 
pendapat orang lemah macam aku jangan selalu dicela

p/s: to kid pilot dah dengar lagu tu.... tak sangka ko jiwang. tq perasan kehadiran aku.

07 July 2010

KISAH MUALAF DAN BAHASA ARAB


salam
tiba-tiba jadi rasa malas menaip....
lagi-lagi sejak ade 3 buku yang aku beli online da sampai....
rasa tak bleh nak tinggalkan buku tu la plak.... hehehe....
ditambah sibuk melayan restaurant city kat FB....
memang la blog aku ni terabai....

kali ni aku nak ajak korang bace satu kisah pengajaran...
pada aku pengajaran la.... tak tau la pada pandangan korang hehe....

_________________________________________________________________

seorang lelaki yang kini bergelar ustaz... dahulunya seorang mualaf... agama asal beliau adalah hindu... merupakan seorang india... setelah memeluk islam beliau sangat rajin menuntut ilmu dan berkelana hingga menjadi seorang ustaz.. beliau sangat gigih menuntut ilmu hingga ke mesir... pattani... kini usia ustaz tu sekitar 50-an...

dalam satu ceramahnya....

"anda semua boleh baca kitab ni yang bertajuk al-arba'in an-nawawiah" kata ustaz tersebut
"mana satu ustaz?" hadirin excited nak tau kitab yang mane
"ni dia kitabnya... tapi kitab ni ditulis dalam bahasa arab" jawab ustaz tersebut
"alaaaaaaa... macam mane nak bace... tak faham... " hadirin mengeluh panjang
"saya dulu seorang india dan tak tau langsung bahasa arab... hadirin semua pasti boleh belajar jika mahu" bidas ustaz tersebut
hadirin senyap sambil tersipu-sipu malu....

*ini adalah kisah benar hanya nama tidak dipaparkan dan diolah sedikit

moral: tak de alasan untuk belajar bahasa arab okay!!!

02 July 2010

INI DARIPADA SUDUT PANDANG SEORANG MELAYU


salam
moga semua sihat sokmo la ye...
ini adalah pandangan dan pendapat berdasarkan pemerhatian....
menjawab pertanyaan tentang melayu... daripada pemuda umno tempat aku tak perlu la aku sebutkan name tempat asal aku ye... huhuhu... 

apabila kita lihat musim pilihanraya kecil atau pilihanraya umum... akan ada pencalonan sekurang-kurangnya pertandingan dua penjuru... malah kadang kala lebih... kita semua yang mengaku melayu... memang berbangga lagi-lagi bila disebut tentang hak-hak melayu dan sebagainya... cukup berbesar hati... ye la boleh katakan semua melayu miliki hak istimewa orang melayu.... tanah rezab melayu pun ade... kalau nak beli umah pun rezab bumiputera pun ade...

lepas tu bila berbunyi... bukan main marah... bukan main tak puas hati dan takut malaysia jatuh pada tangan bukan melayu.... ye tak? 

tapi penah tak korang ambik tau? ambik kira? ambik pusing? bila berlaku satu pilihanraya.... tak kira la pilihanraya kecil atau pilihanraya umum... apabila satu kawasan yang majoritinya adalah melayu... tetapi apabila dicalonkan bukan melayu bertanding dengan melayu... ada sesetengah tempat bukan melayu yang dipertandingkan tu boleh dapat kemenangan.... (ini biasa terjadi di kawasan yang ramai penyokong barisan nasional) janji BN tak pe... kita tetap undi... walaupun bukan melayu... nah... fikirkan... apa akan jadi pada masa akan datang? siapa sebenarnya yang bersedia memberi undi kepada bukan melayu? orang melayu sendiri... tetapi nanti yang berbunyi bimbing diperintah oleh cina atau india... orang melayu jugak...

lain pula di pihak bukan melayu... jika majoriti tempat tersebut adalah bukan melayu letaklah calon melayu... tak mungkin akan menang... kerana bukan melayu tidak bersedia untuk memberi undi kepada orang-orang melayu.... 

dan sebagai parti yang bakal meletakan calon mereka... sewajarnya sensetif terhadap situasi begini... dan pastikan calon yang dipertandingkan adalah daripada kaum majoriti tempat tu... dan kita perlu ingat... bukan melayu tidak mungkin akan melepaskan kerusi DUN atau PARLIMEN yang telah dimenangi... jika berlaku lagi pilihanraya.... dan semestinya mereka akan meminta calon daripada kaum mereka juga yang dicalonkan di kerusi tersebut.... tidak mungkin akan dapat kembali pada orang melayu melainkan wujud kesedaran dikalangan orang melayu itu sendiri... kerana majoriti pengundi adalah orang melayu.... dan yang berkuasa memberikan pencalonan tu pun orang melayu...

semestinya pemerintah yang ada kini mahu menjaga hati nurani bukan melayu iaitu cina dan india... kerana itu mereka dengan rela hati meletakan calon bukan melayu di kawasan majoriti orang melayu... lebih-lebih lagi kelompok melayu di situ diyakini tidak akan berpaling tadah daripada barisan nasional... 

sewajarnya orang-orang melayu sensetif dalam hal ini dan tidak mudah memberikan undi pada bukan melayu... melainkan memang tiada pilihan orang melayu islam yang menjadi calon...

aku rasa cukup kat sini... nanti aku sambung... menaip panjang-panjang takut ada yang jemu membaca..... kali ni aku menghuraikan daripada sudut melayu... entri akan datang aku terangkan plak isu bercakap tentang salah laku pemerintah... yang orang sering salah anggap sebagai 'mengata'

27 June 2010

TEMPAT MENDIRIKAN SOLAT SUNAT


salam
semoga korang semua sihat selalu...
sentiasa diberkati dan dirahmati...

kali ni aku nak kongsikan tentang tentang tempat mendirikan solat sunat... yelah pape yang Rasulullah nasihatkan dan alaukan semua bersebab... so kali ni aku nak share la ye...

solat sunat boleh dilakukan kat mane-mane pun selagi tempat tu suci mengikut syariat.... ohhhhh yang paling penting jangan lupa menghadap kiblat ye.... tetapi solat sunat ni lebih afdhal dilakukan kat umah sendiri.... kecuali beberapa solat je yang memang kena wat kat luar umah... macam solat tahiyatul masjid... solat tawaf @ ihram dan yang sewaktu dengannya.... tak de la name solat sunat tahiyatul masjid kalau wat kat umah kan?

sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud:
"apabila salah seorang kamu sembahyang di masjid hendaklah rumahnya diberi bahagian daripada sembahyangnya, supaya Allah meletakan kebaikan di dalam rumahnya itu kerana sembahyangnya tadi"

sabda Baginda lagi yang bermaksud:
"seutama-utama sembahyang ialah sembahyang kamu di rumah kamu, kecuali yang wajib"

kenapa lak Nabi berpesan cam tu? bimbang akan wujud rasa riak @ ujub.... jika wujud perasaan ni maka sia-sialah segala amalan yang dilakukan....

p/s: mendirikan solat sunat tahiyatul masjid lebih utama apabila melangkah je ke dalam masjid berbanding bersalaman dengan jemaah.... lakukan solat sunat lu pastu baru la salam-salam ngan jemaah.... jangan lupa ye =)

26 June 2010

CUKUP KE DENGAN HANYA SEPULUH RINGGIT?


salam
hai semua... berusaha untuk rajin menulis semula...
mama yah semangat nak bace cite 'hafalan solat delisa'
papa wi sibuk bace cite 'imam syafie'
aku da abes pun bace buku-buku tu... 
sibuk nak naik level restaurant city...
________________________________________________________

aku nak tanya la korang.... sehari korang belanja untuk makanan berapa banyak? cukup ke tak kalau RM10? mesti ade yang akan cakap cukup dan akan ade jugak yang cakap tak cukup.... erm... kadang kala kita sanggup habiskan berpuluh ringgit bahkan ade yang sanggup habiskan ratusan ringgit untuk makanan...

makanan tak cukup kita gelebah... lapar je da risau... bising la kelaparan.... 

kalau nak derma kat masjid... seringgit pun ditenung duit tu lame-lame sebelum lepas dalam tabung... ye tak? sedar atau tak... sedekah tu bekalan untuk kita selepas mati... selalu jadi bila dapat duit pencen pi tukar keta baru... dapat bonus.... pi melobe... tau dak melobe tu mende? orang temerloh mesti tau....

satu kisah:
kat tempat aku ade sorang pakcik yang mase banjir besar kat johor tahun 2006 umah dia tak masuk sikit pun air bah.... air bah tu akan pecah dua bila sampai kat pintu umah pakcik tu... jiran pakcik tu sendiri cite.... sume umah jiran-jiran dia masuk air... erm.... pakcik tu sempoi gile.... pagi-pagi kol 5.15 je da kayuh beskal nak gi masjid.... dia antara orang yang paling awal sampai kat masjid... umah dia umah papan je... sangat low profile derrrrrrrr....

satu hari... kecoh la... ade sorang hamba Allah derma RM10000 kat masjid.... pergh... sume nganga la kan... satu ustaz ni pun selidik la.... rupa-rupanya pakcik yang naik beskal tu la pendermanya.... tu pun bukan pakcik tu yang gi tau... si pemegang amanah tabung masjid la yang bukak cite.... huhhhhhhhh hebat la...

kehidupan pakcik tu tetap macam hari-hari biasa.... rilek je kayuh basikal pi masjid pagi-pagi buta.... kalau kita? boleh tak wat cam tu? ohhhhhh bila dapat duit berkepuk-kepuk tentu la nak bli moto ke... ye tak? wat ganti beskal.... tak pun terus sambar sebijik keta... tak pun repair umah ke... wat umah batu ke... itulah biasanya keutamaan pada kita bila dapat duit.... pak cik tu tak wat cam tu.... dia lebih utamakan sedekah... kerana hatinya sangat yakin sedekah tu je la yang akan membantu lepas dia mati... selain anak yang soleh... juga ilmu yang diamalkan....

renung-renungkan la... moga kita semua lebih terdidik jiwa ke arah suatu kebaikan =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...