GENG LENSA HIDUP

15 November 2009

PANDUAN ASAS MENULIS KERTAS KERJA PERNIAGAAN

proposal perniagaan(kertas kerja perniagaan) diperlukan untuk memohon pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan. propasal yang lengkap akan memudahkan lagi proses peminjaman... berikut adalah perkara asas dalam penulisan proposal perniagaan...

BAHAGIAN A - MAKLUMAT PINJAMAN
a) Skim pinjaman
b) Tujuan pinjaman
c) Jumlah pinjaman
d) Kawasan tapak projek
e) Cagaran

BAHAGIAN B - MAKLUMAT PEMOHON
a) Latar belakang pemohon
b) Pendapatan dan tanggungan

BAHAGIAN C - MAKLUMAT TEKNIKAL PROJEK
a) Pengenalan, nilai pemakanan, kegunaannya dan kebaikan dll
b) Agronomi tanaman/ternakan/akuakultur/prosesan/pelancongan dll
c) Pelan jarak tanaman/saiz kandang/saiz tangki/ flow proses jus/ saiz chalet

BAHAGIAN D – PELAN PEMBANGUNAN DAN PENGOPERASIAN
a) Perlaksanaan projek
b) Pelan pembangunan
c) Jadual fasa penanaman/jadual permulaan projek hingga berhasil
d) Produk hiliran/sampingan
e) Pelan cadangan projek untuk jangka masa pendek dan panjang

BAHAGIAN E - PEMASARAN
a) Pelan pemasaran dan strategi pemasaran
b) Analisis SWOT

BAHAGIAN F - LAMPIRAN
a) Penyata aliran kewangan tahunan
b) Perincian aliran kewangan
c) Gambar-gambar fasa penanaman/ternakan/akuakultur/pelancongan
d) Gambar-gambar aktiviti yang telah diikuti
e) Salinan kad pengenalan
f) Salinan Geran Tanah dan Kawasan Projek
g) Surat kebenaran mencagar dari tuan tanah
h) Salinan akuan kesesuaian tanah
i) Penyata kewangan 3 bulan yang terkini
j) Slip gaji 3 bulan terkini
k) Salinan cukai pendapatan yang terkini
l) Salinan surat sokongan AgroPAC
m) Salinan Sijil Bengkel Latihan dan Disahkan oleh AgroPAC
n) Salinan perjanjian / MOU dengan mana-mana agensi/syarikat contoh “contract farming”
o) Senarai pembekal bahan mentah dan input projek

Penutup

entri akan datang saya akan paparkan contoh kertas kerja perniagaan okay....
untuk mendapatkan khidmat penyediaan proposal sila hubungi saya di:

caramel_xyz@yahoo.com
norfadhillah1810@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...