GENG LENSA HIDUP

05 May 2010

DOA IBU UNTUK KESEJAHTERAAN ANAK DALAM KANDUNGAN

salam
doa ini aku dedikasikan buat mereka yang sedang PREGNANT
buat KAK SITI, LYNA, & sesiapa yang sedang PREGNANT

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam." 


 'Beramallah kamu kerana Allah....janganlah kamu beramal semata-mata kerana memandang kepada fadhilat atau kebaikan yang kamu perolehi hasil mengamalkannya'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...