Kisah Rotiboy.
1. Dimulakan Di Bukit Mertajam pada tahun 1998 selepas foundernya, Hiro Tan berpisah dengan kekasihnya, tiada pekerjaan tetap. Senang cerita di tahap terbawah hidupnya.
Nota: Kalau ex Hiro Tan baca status ni mesti dia menyesal tinggalkan Hiro dulu. Dah la kaya, isteri orang Thai persis model.
2. Dengan berbekalkan sedikit Singapore Dollar, Hiro Tan menukarnya kepada Ringgit Malaysia untuk dijadikan modal membuka Rotiboy bersama kakak (bake specialist) dan adiknya (cake specialist).
3. Namun sambutan tidak begitu menggalakkan di Bukit Mertajam. Perniagaan Rotiboy sekadar hidup. Secara kasar jualan Rotiboy sehari cuma RM100.
4. Selepas 3 tahun, pada 2001 Hiro Tan mengambil keputusan membawa Rotiboy ke Kuala Lumpur dengan membuka cawangan KL.
5. Dari situ Rotiboy berkembang kepada 150 kedai roti di seluruh Asia.
6. Nama Rotiboy di ambil sempena perkataan "Naughty Boy" yang sering digunakan Hiro Tan untuk anak saudaranya. Malah logo Rotiboy juga adalah lakaran wajah anak saudaranya.
7. Rotiboy ialah perniagaan yang bersifatkan "product driven'.
Visi Rotiboy ialah memberi sentuhan positif kepada dunia (pelanggan, rakan-kongsi, supplier) dari segi produk, servis dan nilai.
Antara misi-misi Rotiboy ialah:
1. Untuk menghasilkan roti dengan kaedah paling efisien menggunakan teknologi terkini untuk mengurangkan kos tanpa mengabaikan kualiti produk.
2. Untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada pekerja seterusnya mereka dapat menyumbang semula kepada komuniti.
3. Untuk memberikan customer services dan personal touch yang tinggi kepada setiap pelanggan.
4. Untuk menyokong sepenuhnya semua 'business partners' supaya visi dan impian mereka menjadi kenyataan.
menurut Hiro Tan cawangan Rotiboy memang banyak dan tak kurang juga cawangan yang terpaksa ditutup. antara Lokasi negara yang ada cawangan Rotiboy adalah Indonesia, Korea, Thailand, Saudi Arabia, Malaysia. Rotiboy kini cuba menembusi pasaran China.