GENG LENSA HIDUP

05 February 2015

PEROLEH RM43 RIBU SETAHUN DENGAN MENJUAL NAJIS



Sebuah syarikat yang membekalkan sumber bahan bagi tujuan perubatan iaitu OpenBiome menawarkan USD40 (RM143) untuk mendapatkan sampel najis manusia.

Syarikat yang beroperasi dari Oregon itu berhasrat untuk mendapatkan contoh najis bagi membantu mereka yang menghidap jangkitan penyakit Clostridium Difficile yang boleh menyebabkan radang usus besar.

Menurut wakil syarikat berkenaan, sampel-sampel pembuangan ini akan disejuk beku sebelum dimasukkan ke dalam saluran gastrousus pesakit melalui kapsul atau cara endoskopi.

Memetik laporan The Washington Post, syarikat OpenBiome tidak sewenang-wenangnya memilih sesiapa sahaja bagi mendapatkan bekalan najis tersebut.

Sampel najis yang dipilih haruslah memenuhi standart kesihatan yang ketat. Sehingga kini hanya 4 peratus dari 1000 pemohon yang mendaftar diterima ke dalam program.

Dianggarkan pendaftar yang berjaya terpilih untuk membekalkan ‘bahan’ bagi tujuan perubatan terbabit bakal menerima USD13,000 (RM43,170) setahun sebagai bayaran.

Penyakit Clostridium Difficile dianggar mengorbankan 14 hingga 30,000 nyawa dalam setahun.

Kredit gambar: shikibook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...