GENG LENSA HIDUP

08 April 2010

RM100 LEBIH MULIA DARI SEHELAI KAIN PELIKAT ATAU SEHELAI KAIN BATIK

Dalam kesibukan tugas sebenarnya saya kesuntukan waktu untuk update blog ini. Tetapi apabila membaca kenyataan Shahrizat Jalil yang memperlekeh pemberian RM 100 oleh kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas saya merasa terpanggil untuk menyatakan pandangan.

Pemberian RM 100 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihanraya lalu.

Menurut Guan Eng kerajaan Pulau Pinang dapat memperuntukkan sejumlah wang kepada warga emas kerana hasil penjimatan dan usaha menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini di Pulau Pinang.

Memanglah pemberian itu tidak seberapa. Tetapi bagi warga emas yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau berpendapatan rendah nilai itu sangat besar di sisi mereka.

Ini terbukti sejak kelmarin ribuan warga emas mengunjungi cawangan Maybank berhampiran untuk mendapatkan wang RM 100 yang dijanjikan.

Bagi pemimpin Umno seperti Shahrizat mungkin RM 100 tidak ada apa-apa nilai. Umpama sisa makanan di celah gigi sahaja yang dicungkil guna anak lidi yang kemudiannya di ludah ketepi.

Maklumlah dah biasa buat untung 'atas angin' dengan mendapat projek dan saham tanpa perlu mengeluarkan walaupun setitik peluh. Malah dengan cuma bermodalkan syarikat dua ringgit mereka boleh mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Sekurang-kurangnya Lim Guan Eng meletakkan nilai yang tinggi kepada warga emas RM 100 setahun berbanding Umno yang meletakkan nilai pengundi terutama warga emas di kampung-kampung cuma sehelai kain pelikat atau sehelai kain batik setiap lima tahun sekali!


oleh: Angkasanuri ehsan HarakahDaily.Net

p/s: tau tak pe Sharizat ni patut senyap je dah... dapat jadi senator pun dah kira bagus... rakyat tak mau dah Shahrizat jadi wakil mereka =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...