GENG LENSA HIDUP

28 April 2010

KEKAYAAN ORANG YANG INGKAR HANYALAH ISTIDRAJ

salam
bismillah...

mahu menulis perihal agama...
kekadang rasa bimbang tersasar..
sebab aku bukan orang bertauliah.
sila jangan terima bulat-bulat apa yang aku tulis ni...
rujuklah kepada mereka yang lebih pakar dan arif...

istidraj bererti suatu pemberian yang tidak direstuiNYA. 

sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"apabila kamu melihat tuhan mengurniakan kekayaan dunia kepada orang yang asi(ahli maksiat), sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, Allah membukakan segala pintu kesenangan dunia, tetapi pada saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah merentap segalanya dengan serta merta."

oleh itu jangan kita keliru...
ini adalah merupakan peringatan kepada kita bahawa kekayaan dan pangkat kedudukan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada ahli maksiat yang tidak taat kepada suruhan serta melanggar laranganNYA hanyalah istidraj.

kerana itu jangan kita kagumi sekiranya mereka yang ingkar pada yang Maha Pencipta terus terusan mendapat kebahagiaan dan dilimpahi kekayaan. lakukan setiap suruhanNYA tanpa jemu.agar kita sentiasa memperolehi petunjuk daripadaNYA. 

semoga aku dan korang semua tidak lagi mempertikaikan mengapa mereka buat maksiat tapi mereka tetap hidup senang.... renung-renungkan... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...