GENG LENSA HIDUP

01 May 2010

DIABETIS ATAU KENCING MANIS

salam
kepada semua pembaca...
sejak dua menjak ni entri aku banyak berkisar kisah penyakit

kali ni aku nak bercerita mengenai diabetis atau kencing manis...
antara penyakit yang popular di malaysia
betul tak?

kencing manis terjadi apabila pankreas gagal merembeskan hormon insulin dengan jumlah yang secukupnya. di mana letaknya pankreas? yup... pankreas terletak di bawah perut.

apakah peranan insulin?
insulin berperanan untuk menukarkan KARBOHIDRAT kepada GLUKOS sebelum diserap dalam darah dan membantu memasuki sel badan untuk ditukar menjadi TENAGA.

mereka yang menghidap kencing manis... KANJI yang dimakan tidak dapat ditukarkan sepenuhnya kepada GLUKOS. maka kanji tersebut akan kekal dalam darah dan tidak dapat diserap ke dalam sel badan. maka paras gula menjadi semakin tinggi... so jadilah KENCING MANIS...

anda semua mesti tahu sekiranya insulin tiada. sel-sel badan tidak dapat menyerap glukosa. ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga.

siapa pulak yang berisiko menghidap kencing manis?
sesiapa pun boleh menghidapi penyakit ini. tetapi mereka yang memiliki keturunan menghidap kencing manis lebih berisiko. dan juga mereka yang gemuk dan memiliki berat badan berlebihan.

cara mengatasi?
sebagai umat ISLAM berpuasa ISNIN dan KHAMIS dan juga puasa sunat lain, adalah jalan yang terbaik. selain pengambilan suntikan INSULIN. juga mengawal pengambilan gula.

mengapa kena suntik INSULIN?
oh... HORMON INSULIN akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan. oleh itu hanya dalam bentuk suntikan saja boleh diambil.

ikut nasihat doktor. doktor memberi saranan sama ada anda perlu makan pil atau merima suntikan INSULIN.


di atas adalah gambar pankreas... 
yang kaler krim tu... sedikit memanjang

p/s: jaga pemakanan anda untuk kelihatan muda, nampak muda, jadi muda huhuhu =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...