GENG LENSA HIDUP

05 May 2010

SEPANDAI-PANDAI KAU MENGEBOM AKHIRNYA TERKANTOI JUA

Peguam Perancis, Joseph Breham berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengerakkan siasatan ke atas skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau berkata isu utama yang mengundang syak sekitar perolehan kapal selam ini adalah pembayaran RM534.8 juta ringgit kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, sebagai upah kepada 'kerja-kerja sokongan'.

"Kita mempunyai laporan akaun Perimekar pada tahun 2001 dan 2002," kata Joseph Breham dalam satu temubual bersama portal Malaysiakini, dan menambah "bagaimanapun syarikat ini dengan tiba-tiba mendapat 114 juta euro dalam akaun bank mereka. Ini mengundang syak. Lebih-lebih lagi apabila pemegang saham utama syarikat ini adalah isteri kepada rakan karib Menteri Pertahanan pada masa itu,"

Joseph merujuk kepada isteri Abdul Razak Baginda, Maslinda.

"Jika kita lihat fakta bahawa Altantuya Sharibu dibunuh oleh pengiring Perdana Menteri, serta pemadaman rekod-rekod imigresen Altantuya ke negara ini, lantas menunjukkan ada pegawai tertinggi tertentu yang mahu menghilangkan bukti Altantuya berada di negara ini," 

okeh... ayat-ayat kat atas ni aku copy daripada Malaysiakini... 
bang JIB ketaq lutut i dengar... huhuhu... u plak?
SEPANDAI-PANDAI ENGKAU MENGEBOM AKHIRNYA TERKANTOI JUA

i nak bagi cadangan kat bang JIB... u boleh menyorok kat BELAKANG BIK MAMA lalalala... BIK MAMA ada POWER.... tak pun u lari naik KAPAL SELAM... 

FIRMAN ALLAH: 
"berdoalah kamu kepadaKU... nescaya AKU perkenankan bagi mu"

PENYOKONG KEZALIMAN AKAN DIHALAU DARI TELAGA KAUTSAR

At-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka'ab bin 'Ujrah katanya:

"pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda: wahai Ka'ab, aku mohon perlindungan daripada Allah Taala supaya melindungimu daripada pemerintah yang datang selepas aku. barang siapa yang mendatangi pemerintah di kediaman rasmi mereka serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan daripada umatku. dia tidak akan dapat menemui aku dan menghampiri telagaku (telaga kautsar) di Akhirat kelak. barang siapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedangkan dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...