dua hari aku mencari kisah hud-hud & si muraq
ni la hasilnya...
yang aku dapat kongsikan dengan korang...
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
(tanya sama itu hud-hud - M. NASIR)
lirik ini mengisahkan perjalanan beribu-ribu burung untuk bertemu raja si muraq pada zaman pemerintahan nabi sulaiman. perjalanan itu sangat sukar. dan akhirnya mereka sampai. tetapi hanya tiga puluh saja yang berjaya bertemu raja si muraq.
burung-burung tersebut rasa sungguh teruja untuk bertemu si muraq setelah mendengar cerita daripada hud-hud. lantas mereka semua sanggup terbang & bersusah payah untuk bertemu si muraq.
* SI MURAQ - bermaksud tiga puluh dalam bahasa parsi
* ada yang mengatakan hud-hud itu burung belatukLihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
(tanya sama itu hud-hud - M. NASIR)
kita manusia mahu lihat dunia melalui mata burung? atau lihat dari dalam tempurung? burung boleh terbang tinggi di langit & melihat bumi yang luas ni... berbanding jika kila melihat hanya dari dalam tempurung... pandangan kita tidaklah seberapa...
burung juga mengetahui peranan mereka untuk meyampaikan ajaran Allah.
daripada lirik lagu M. Nasir ni aku dapat simpulkan beliau amat teliti dalam menulis lirik. selain lirik lagu ini. banyak lagi lirik beliau yang menyentuh mengenai tamadun andalusia, kisah siti hajar & nabi ismail, sejarah melayu, kisah kerajaan parsi & kisah masyarakat. cayalah M. NASIR. nama asal beliau adalah MOHD NASIR BIN MOHAMED. untuk mendengar lagu-lagu dendangan beliau korang kena bagi penelitian.. baru faham apa yang cuba disampaikan.
*apa yang aku kongsikan ini hanya suatu pencarian yang perlukan penelitian. segala kesilapan datang daripada aku sendiri & segala kebaikan hanya daripada DIA
menjengah blog:
aku nak bawak korang lepak & singgah kat blog pipiMuncet. blog budak ni memang best tahap dewa hahaha. bagi mereka yang gemarkan suatu yang indah dan penuh bererti sila lah singgah. korang akan faham apa yang mahu disampaikan. sila baca, renung & fikir dengan teliti. berani untuk menyatakan kebenaran pada BEN ASHARI hingga dikecam oleh pengikut BEN. tetapi kenyataan itu jujur. muncet ni antara follower aku gak... dan akan datang komen kalau aku kuarkan entri bunyi-bunyi sastera. go go go pipiMuncet. antara entri muncet yang aku suka baca Budak kecil dan seringgit tiga kupang.