GENG LENSA HIDUP

24 May 2010

ASBABUN NUZUL

salam
syukran jazilan
moga semua sentiasa diberkatiNYA...

tiba-tiba teringat mase aku belajar subjek pendidikan Al-Quran Sunnah mase spm dulu... tah macam mana aku leh amik subjek ni... antara subjek yang memang aku tak berapa nak suka... huhu... bila dah besar baru sedar diri... hihi =) semua ayat Al-Quran yang diturunkan ade 'asbabun nuzul' atau sebab turun ayat yang tersendiri..begitu juga dengan surah Ali Imran ayat 26 dan 27.. oleh kerana surah ni mempunyai khasiatnya yang tersendiri..ayat-ayat ni juga telah dijadikan bacaan wirid selepas solat..

Rasulullah SAW sendiri telah memberitahu kepada saiyidina muaz bin jabal r.a mengenai khasiat surah ini...kisahnye seperti berikut...

kisah satu
Rasulullah menegur saiyidina muaz selepas selesai menunaikan solat zohor kerana baginda tidak melihat saiyidina muaz menunaikan solat jumaat hari sebelumnya. lalu,saiyidina muaz menjawab ketika beliau sedang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat jumaat,beliau ditahan oleh seorang yahudi kerana saiyidina muaz berhutang dengannya..saiyidina muaz dikurung di rumah yahudi tersebut dan tidak dibenarkan ke mana-mana sehinggalah beliau menjelaskan hutangnya. Rasulullah tersenyum dan berkata, "aku akan ajarkanmu dua potong ayat,jika kamu mengamalkannya Allah akan meluaskan rezeki untuk menjelaskan semua hutangmu walaupun hutangmu itu sebesar gunung...." dan baginda memperdengarkan kpd saiyidina muaz 2 ayat Al-Quran daripada surah Ali Imran ayat 26 dan 27..selepas itu,saiyidina muaz menjadikan ayat-ayat tersebut sebagai sebahagian daripada wirid hariannya. akhirnya,saiyidina muaz berjaya dan maju dalam pekerjaannya dan mampu melunaskan semua hutangnya...


Rasulullah juga telah mengajarkan sebuah doa yang mempunyai fadilat yang serupa dengan ayat-ayat tadi..

kisah dua
Tabiat Abu Umamah r.a yang gemar berada di masjid siang mahupun maalm...telah menarik perhatian Rasulullah SAW...lalu baginda bertanya kepada Abu Umamah..,"mengapa kamu tidak pulang ke rumahmu wahai sahabatku..?" Jawab Abu Umamah,"aku tidak boleh berada di rumah,aku sentiasa berasa sedih ,susah hati dan gelisah ketika berada di rumah..aku banyak hutang ya Rasulullah.." Rasulullah pun mengajarkan sebuah doa kepada Abu umamah..  'Ya Allah ,aku berlindung denganMU daripada keluh-kesah dan dukacita,dan aku berlindung denganMU daripada kelemahan dan kemalasan,dan aku berlindung denganMU daripada ketakutan dan kebakhilan,dan aku berlindung denganMU daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia..' Abu Umamah mengamalkan doa yang diajarkan baginda setiap hari dan yakin kepada kata-kata Rasulullah bahawa Allah akan memberi kelapangan kepadanya. akhirnya perasaan sedih dan keluh-kesah beliau hilang sedikit demi sedikit. Abu Umamah juga sudah berupaya mencari jalan untuk melangsaikan hutangnya dengan menambahkan usahanya.


'Beramallah kamu kerana Allah....janganlah kamu beramal semata-mata kerana memandang kepada fadilat atau kebaikan yang kamu perolehi hasil mengamalkannya' 

p/s: apa yang terjadi pasti bersebab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...