salam
moga semua sihat sejahtera...
sedikit petikan daripada pembaca blog aku yang mengkritik...
banyak dah UMNO bagi sumbangan kat semua rakyat termasuk ko,tapi ko p sokong n bangga sangat dengan PAS ni,knapa? sebab PAS ni memperjuangkan islam? kalau dulu aku percaya ar PAS memang betol2 perjuangkan islam.tapi sekarang ni, politik je lebih,politik duit je, politik kat malaysia ni aku tengok memang politik kotor.tak kira ar PAS ke,PRK ke UMNO ke,BEBAS ke,semuenye kotor.
aku terima setiap komen pembaca & aku tak kan delete walau aku dikritik....
itu tanda aku hargai semua pembaca =)
berbalik soal di atas... SIASAH(dalam bahasa arab) = POLITIK
dalam ISLAM itu merangkumi semua....
POLITIK
SAINS (BIOLOGI, KIMIA, FIZIK & DLL)
EKONOMI
PSIKOLOGI
SOSIAL
dan lain-lain...
ISLAM juga mengajar kita semua cara untuk menghadapi, menangani, & mencari solusi untuk suatu masalah... tak kira POLITIK, SAINS, EKONOMI, PSIKOLOGI, SOSIAL & lain-lain...
dalam ISLAM juga bukan macam matematik 5-1 = 4
dalam ISLAM 5-1 = 0
walaupun sebagai manusia biasa belum tentu kita boleh amalkan semua.... tetapi kita perlu terima & percaya itu semua... juga perlu tau manusia juga ada berbuat silap... itu memang fakta... manusia bukan maksum
kerana itu kita patut terima semua... POLITIK dan ISLAM tak leh dipisahkan... kerana dalam ISLAM itu adanya POLITIK... begitu juga SAINS... dalam AL- QURAN juga ade menyebut mengenai AL-BURUJ, AS-SYAM & lain-lain yang berkaitan dengan ilmu sains... setiap SURAH dalam al-quran ade kaitan dengan kehidupan kita... juga ada menyentuh mengenai... EKONOMI, POLITIK, SAINS, & lain-lain...
mengapa pulak tak leh berpolitik di masjid? sedangkan politik tu sebahagian daripada ISLAM.... kerana kita yang tahu menilai ni... di masjid la... antara tempat berkumpulnya orang ramai... buat apa pergi menuju ke tempat yang diketahui tak de orang? tak jadi lah DAKWAH.... walaupun kita boleh juga berdakwah pada INDIVIDU.... kebetulan majoriti yang pi masjid... orang laki... kan mereka ketua keluarga @ bakal ketua keluarga.... betul tak?
PAS menolak JUDI... bukan PAS je.... semua yang tak suka JUDI mereka menolak... menolak... bukan kerana agenda politik... ITU ATAS PRINSIP EKONOMI... judi akan menjadikan seseorang itu semakin susah.... cuba korang bayangkan... mengeluarkan modal walau dengan seringgit dua.... untuk berjudi... tapi kita tak tau kita menang atau tak... berhasil atau tak... andai dah terbiasa mungkin akan jadi ketagihan berjudi.... gejala ni akan merosakan EKONOMI individu itu sendiri... atau istilah omputihnya FINANCIAL PROBLEM... kemudian gejala lain akan berlanjutan... bila kalah judi akan rasa tertekan... mungkin akan mula hidup susah... kemudian gejala mencuri pula terjadi... & jenayah-jenayah lain...
jadi dalam KONSEP ISLAM... perlu ambik semua... POLITIK tak leh dipisah atau dikeluarkan dari ISLAM... begitu juga dengan RASUAH... menolak bukan kerana POLITIK menolak kerana bertentangan dengan ajaran ISLAM... RASUAH juga akan melumpuhkan EKONOMI jika dibiarkan...
dan dalam dunia yang serba MODEN ni penentangan kurang di ambil perhatian jika dilakukan dalam bentuk INDIVIDU saja.... kerana itu wujudnya PARTI.... BN, PAS, DAP, & lain-lain.... masing-masing mendokong DASAR PARTI mereka.... dan GEROMBOLAN yang bergerak dalam bentuk PARTI akan lebih mudah didengar suara mereka.... dalam siatuasi begini ada pulak PARTI yang betul-betul mahu tegakan ISLAM... dan ada juga yang hanya untuk DUNIA je...
yang baik datang dari DIA yang tak baik tu dari aku...
p/s: perlu ke aku cerita aku penah JOIN BERSIH? aku ade join perhimpunan mansuhkan PPSMI (aku geng a.samad said) mase tu ade dua team a.samad said & haji hadi... aku dah jalankan tanggungjawab mengundi? perlu ke cite semua tu? aku rasa tak perlu... perlu ke aku cite bapak aku keje ape? aku rase tak perlu...
p/s/s: aku juga manusia biasa penah wat silap... so?