salam
perkongsian sedikit kuliah daripada seorang ulama
Sayidina Umar al-Khattab berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud “ Allahuma wahai Tuhanku, tolong jadikan harta kekayaan berada di tangan orang yang baik-baik, mudah-mudahan harta itu akan beredar kepada orang msikin yang berhajat.”Jika Sayidina Umar mengarang sendiri doa yang dipohonkan kepada Allah SWT berdasarkan keperluan semasa, kita sewajarnya karang doa berdasarkan keperluan semasa.
Perkara yang diperlukan semalam mungkin tidak sama dengan kerperluan hari ini, jika doa hanya semacam setiap ketika bererti keperluan hari ini tidak dipenuhi dalam doa.Doa Sayidina Umar supaya kekayaan diberikan kepada individu Muslim yang baik, supaya kekayaan itu beredar dalam masyarakat.Justeru orang yang baik tidak menggunakan kekayaan untuk dirinya semata, utamakan habuan fakir miskin yang perlu pertolongan.
Jika kekayaan jatuh ke tangan orang yang akhlaknya rendah, harta kekayaan terperam hanya dalam koceknya sendiri.Berdoa dengan penuh harapan supaya orang yang baik-baik dikayakan, agar terbuka hatinya untuk cari orang fakir miskin, mengembirakan hati si miskin dengan pemberian harta miliknya itu.Sebagaimana doa Nabi SAW memohon rezeki selepas solat Dhuha, sesuai ketika waktunya manusia bertebaran di muka bumi mencari rezeki, antaranya ialah :”Ya Allah wahai Tuhanku, sekiranya rezekiku berada di langit makan turunkanlah, sekiranya di perut bumi keluarkanlah, sekiranya berada di dasar lautan timbulkanlah, jika sedikit maka perbanyakkanlah, seandainya telah banyak maka permudahkanlah dan berilah keberkatan di dalam rezeki tersebut.
kuliah daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
p/s: semoga memberi manfaat pada aku juga & semua yang membaca =)
_________________________________________________________
"tidak akan kamu berasa gundah jika kamu tahu apa yang kamu cari"
(al-khattab)
kata-kata ini diingatkan oleh seorang teman razman bin rahmad semoga beliau sekeluarga beroleh berkat dengan kehadiran orang baru =)