Daripada Aus bin Aus r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku."
Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?"
Dalam sebahagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rosak tubuhnya?"
Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
_____________________________________________________________
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik, kemudian hadir solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan senyap, akan diampunkan dosa-dosanya di antara Jumaat itu dan Jumaat akan datang dengan tambahan tiga hari."
(Riwayat Muslim)
p/s: amalan mudah terkadang kita selalu lupa & leka =)