salam
semoga korang semua sihat selalu...
sentiasa diberkati dan dirahmati...
kali ni aku nak kongsikan tentang tentang tempat mendirikan solat sunat... yelah pape yang Rasulullah nasihatkan dan alaukan semua bersebab... so kali ni aku nak share la ye...
solat sunat boleh dilakukan kat mane-mane pun selagi tempat tu suci mengikut syariat.... ohhhhh yang paling penting jangan lupa menghadap kiblat ye.... tetapi solat sunat ni lebih afdhal dilakukan kat umah sendiri.... kecuali beberapa solat je yang memang kena wat kat luar umah... macam solat tahiyatul masjid... solat tawaf @ ihram dan yang sewaktu dengannya.... tak de la name solat sunat tahiyatul masjid kalau wat kat umah kan?
sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud:
"apabila salah seorang kamu sembahyang di masjid hendaklah rumahnya diberi bahagian daripada sembahyangnya, supaya Allah meletakan kebaikan di dalam rumahnya itu kerana sembahyangnya tadi"
sabda Baginda lagi yang bermaksud:
"seutama-utama sembahyang ialah sembahyang kamu di rumah kamu, kecuali yang wajib"
kenapa lak Nabi berpesan cam tu? bimbang akan wujud rasa riak @ ujub.... jika wujud perasaan ni maka sia-sialah segala amalan yang dilakukan....
p/s: mendirikan solat sunat tahiyatul masjid lebih utama apabila melangkah je ke dalam masjid berbanding bersalaman dengan jemaah.... lakukan solat sunat lu pastu baru la salam-salam ngan jemaah.... jangan lupa ye =)