hasil kasih sayang kononnya
salam
buat semua harap sihat selalu
juga mampu bernafas penuh pengertian
setuju pendidikan seks di sekolah?
angkat tangan
bantah pendidikan seks di sekolah?
angkat tangan
idea ini muncul setelah ratusan ribu anak luar nikah dikesan
buat atas dasar kasih sayang
buang atas dasar buntu fikiran
sebenarnya aku tak berapa setuju kalau rumah-rumah perlindungan ditubuhkan. untuk bela nasib perempuan begitu. atas dasar beri peluang kedua untuk hidup. itupun jika benar-benar insaf. kalau macam tu semua kesalahan orang berdosa boleh diterima dan dipandang enteng oleh masyarakat.
cuba korang fikir kenapa tok janggut dihukum bunuh dan mayatnya digantung kat pasar dalam keadaan kepala dibawah kaki di atas? sebab penjajah nak bagi pengajaran pada yang lain jangan berani menentang diaorang. gerun tak yang lain?
terapkan nilai islam dengan betul
laksanakan hukum dengan betul
seluruhnya bukan sekerat-sekerat
pengajaran yang meninggalkan kesan pada jiwa kami
bila...
syaitan jadi kiblat
Tuhan taruk kat belakang
mak bapak letak tepi
nanti...
bila dah mengesot
Tuhan kita sujud
mak bapak kita cari
Bukit Bintang seperti London Paris New York
tak Amerika lah kalau tak ikut mereka
lebih baik tak yah idop
nak tiru sangat mereka
buat apa ajar pendidikan seks?
setakat nak bagi tau "jangan sampai mengandung ye"
itu lah yang barat ajar
mak bapak pun bukan nak jaga anak pempuan je
anak lelaki pun jangan dibiar jadi perosak anak dara orang
"jantan buat apa pun tak rugi"
memang tak rugi. pandang dosa pahala. bukan rugi atau tak.
jangan duduk ditengah-tengah manusia subahat
tahu dosa pahala tapi masih lihat tanpa berbuat apa-apa
faham apa yang aku nak sampaikan?
Tuhan ampunkan aku
aku manusia jahil
maaf jika ada yang terasa
pendapat orang lemah macam aku jangan selalu dicela
p/s: to kid pilot dah dengar lagu tu.... tak sangka ko jiwang. tq perasan kehadiran aku.