GENG LENSA HIDUP

09 July 2010

PENDIDIKAN SEKS BUKAN SOLUSI

hasil kasih sayang kononnya

salam 
buat semua harap sihat selalu
juga mampu bernafas penuh pengertian 

setuju pendidikan seks di sekolah?
angkat tangan

bantah pendidikan seks di sekolah?
angkat tangan

idea ini muncul setelah ratusan ribu anak luar nikah dikesan

buat atas dasar kasih sayang
buang atas dasar buntu fikiran

sebenarnya aku tak berapa setuju kalau rumah-rumah perlindungan ditubuhkan. untuk bela nasib perempuan begitu. atas dasar beri peluang kedua untuk hidup. itupun jika benar-benar insaf. kalau macam tu semua kesalahan orang berdosa boleh diterima dan dipandang enteng oleh masyarakat.

cuba korang fikir kenapa tok janggut dihukum bunuh dan mayatnya digantung kat pasar dalam keadaan kepala dibawah kaki di atas? sebab penjajah nak bagi pengajaran pada yang lain jangan berani menentang diaorang. gerun tak yang lain?

terapkan nilai islam dengan betul 
laksanakan hukum dengan betul
seluruhnya bukan sekerat-sekerat

pengajaran yang meninggalkan kesan pada jiwa kami

bila...
syaitan jadi kiblat
Tuhan taruk kat belakang
mak bapak letak tepi

nanti...
bila dah mengesot 
Tuhan kita sujud
mak bapak kita cari

Bukit Bintang seperti London Paris New York
tak Amerika lah kalau tak ikut mereka
lebih baik tak yah idop

nak tiru sangat mereka
buat apa ajar pendidikan seks?
setakat nak bagi tau "jangan sampai mengandung ye"
itu lah yang barat ajar

mak bapak pun bukan nak jaga anak pempuan je
anak lelaki pun jangan dibiar jadi perosak anak dara orang 
"jantan buat apa pun tak rugi"
memang tak rugi. pandang dosa pahala. bukan rugi atau tak.

jangan duduk ditengah-tengah manusia subahat
tahu dosa pahala tapi masih lihat tanpa berbuat apa-apa

faham apa yang aku nak sampaikan?

Tuhan ampunkan aku
aku manusia jahil  

maaf jika ada yang terasa 
pendapat orang lemah macam aku jangan selalu dicela

p/s: to kid pilot dah dengar lagu tu.... tak sangka ko jiwang. tq perasan kehadiran aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...