salam
buat semua... semoga sentiasa dilindungiNya sentiasa...
kali ni aku nak menyentuh perihal solat berjemaah... wohoooooo =)
tajuk entri kat atas tu gimik je ... bukan tok imam lembab... tok imam bace surah panjang sangat derrr... huhuhu... ni adalah satu perkongsian... kerana islam tu mudah dan tak pernah membebankan...
PRIHATIN TERHADAP JEMAAH DALAM SOLAT
sebagaimana kita semua tau... solat jemaah tu hukumnya fardhu kifayah bagi mazhab syafie... cuma ade sedikit perbezaan pendapat dikalangan ulama mazhab syafie... yang mereka mengatakan mendirikan solat berjemaah adalah sunat muakkad... (tetapi jumlahnya adalah sedikit)
bagi pengikut mazhab syafie yang ... bersetuju dengan hukum fardhu kifayah... kita boleh merujuk dengan sebuah hadis yang diriwayat oleh Ibnu Hibban... sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya: tidaklah 3 orang pada satu dusun yang tidak didirikan jemaah(sembahyang), maka syaitan akan dapat mengalahkan mereka.
tetapi bagi yang ade mengambil pendapat ia adalah sunat muakkad kerana sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan 27 darjat.
cam tu la secara ringkasnye... jika di dalam satu qariah tu tak de langsung yang mengerjakan solat jemaah... maka tertanggunglah dosa ke atas mereka semua... tapi jika ade yang melaksanakan biarpun tak ramai... maka terlepaslah qariah tersebut daripada dosa...
tapi dalam entri kali ni bukan la tu yang aku nak sentuh... tapi mengenai... imam yang mengimamkan solat berjemaah terlalu lama... kisah ni dipetik daripada sebuah kitab lama... yang menceritakan akhlak baginda ketika solat berjemaah...
seorang lelaki mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w... bahawa dia terlambat mengikuti solat subuh berjemaah kerana si fulan tu bila bertindak sebagai imam solatnya terlalu lama... Rasulullah s.a.w menjadi marah dan berkata: sesungguhnya ada seseorang di antara kamu sekalian yang menjadikan orang membenci solat berjemaah... siapa saja yang bertindak sebagai imam dalam solat hendaklah ia meringankan solatnya... sesungguhnya di antara orang yang solat itu ada orang yang lemah ada orang yang sudah tua dan ada orang yang mempunyai keperluan...
Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya aku sedang melakukan solat, aku ingin memperpanjangkan solatku tetapi kerana aku mendengar ada anak yang menangis maka aku ringankan solatku, aku tidak ingin menyusahkan ibunya.
disebabkan solat berjemaah tu dituntut dan memiliki status fardhu kifayah.... tetapi sangat digalakkan dan mendatangkan pelbagai manfaat kepada pengamalnya... tapi kadang-kadang ape yang kita sering lihat... berbeza tok imam berbeza la jangka masa solatnye...
aku al-hafiz... 'semestinya la aku boleh bace ayat quran panjang-panjang dalam solat' contohnye la... maka... imam tu pun bace la... surah yang panjang-panjang... menjadikan makmum mula gelisah... dan mungkin berkata-kata dalam hati... 'eh lamenye imam ni... anak aku nak balik sekolah dah ni..' contohnye la...
memang imam tu handal dan hafiz... terfikirkah imam tu? mungkin ade dikalangan jemaah yang tak boleh berlama-lama? kerana ade urusan lain... mungkin ade jemaah yang da tua... lenguh kaki berdiri lame-lame... mungkin ade jemaah yang kurang sihat... mungkin ade jemaah yang kena masuk kerja balik...
natijahnye... mungkin esok lusa jemaah makin berkurang... 'malas la aku nak jemaah... panjang sangat surah yang imam tu bace...' contohnya la... sedangkan solat jemaah tu digalakan dalam islam... kerana tu Rasulullah s.a.w berpesan imam perlu prihatin dengan para jemaah... lain la kalau hang pa da tau makmum kat situ memang sume da pencen... dan sihat-sihat belaka... memang selalu iktikaf kat masjid... dan tak berapa banyak urusan... pulun surah panjang-panjang pon tak jadi masalah... ok la...
dengan cara memudahkan solat berjemaah... maka akan ramai yang rasa indahnya solat berjemaah... dan mampu menarik lebih ramai jemaah hadir... biarpun solat bersama-sama... tapi ia tak membebankan... tak la menjadikan urusan lain terabai... kan elok tu...
nak-nak bulan ramadhan ni... ade yang siap bergaduh lagi nak wat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat... hohoho nak-nak orang-orang tua... marah betul kalau tarawikh buat 8 rakaat je... bende tu tak salah pun... lakukan la ikut kemampuan masing-masing... jangan la terlalu banyak rakaat hingga menghilangkan kekhusyukan solat... biarpun sikit tapi mestilah konsisten... kalau mampu hingga 20 rakaat... tu sangatlah bagus... sampai berbagi-bagi surat nak soh wat 20 rakaat... adoiyai...
p/s: tajuk entri lebih fokus pada solat jemaah bagi solat fardhu... krisis rakaat solat tarawikh memang tak penah selesai dari dulu adoiyai...