GENG LENSA HIDUP

29 August 2010

KOMEN ISU PENGETUA RASIS...

ini adalah penduduk peribumi sebenar =)


salam
buat semua... moga bahagia dan gembira...
semakin diberkati dan dirahmati...

RASIS TU APE?
perkauman/bangsa/puak/keturunan... asal dari perkataan RACE

HAL PENGETUA BERCAKAP BERUNSUR RASIS
memang le kesilapan.... der... bila da silap sila maafkan beliau... tu je... adat semua manusia suka menangkan 'geng' cume kena la berpada-pada... dan rasenye tak perlu la besar-besarkan isu ni... alah kalau anak salah... mak mesti nak menangkan anak... kalau bangsa pun cam tu gak sifat nak memenangkan tu ade...

MELAYU PUN BUKAN ORANG PERIBUMI
biarpun kita asyik perjuangkan bangsa... tapi jangan lupa... agama menyuruh kita menunaikan hak kepada non muslim jugak... kalau nak isukan MELAYU... kita pun bukan penduduk peribumi... sebab bila cakap MELAYU... ade yang JAWA, BANJAR, tah macam-macam lagi kebanyakannye berhijrah daripada INDONESIA... kalau kate BUGIS pun dari INDONESIA... kalau CINA of coz dari TANAH BESAR CINA... INDIA dari INDIA.... ye tak?  yang betul-betul peribumi hanya ORANG ASLI je... juga penduduk peribumi SABAH dan SARAWAK... anda orang asli? sila cek susur galur keturunan anda....

JANGAN TAMAK
kita dah dijelaskan diciptakan dengan pelbagai bangsa dan keturunan... masih belum ade dalam mane-mane negara dalam dunia ni hanya ade SATU kaum je... semua bercampur-campur...

BILA GERAM ATAU MARAH
bila geram atau marah mungkin kita yang bukan PENGETUA pun boleh marah pada BANGSA lain jugak kan? JANGAN KATA tak ok....

RALAT
kerana isu ni melibatkan golongan profesional... tapi cube lihat berapa ramai golongan profesional yang rasis kat luar sane? selain pengetua tersebut...

WARGANEGARA
setelah sekian lama merantau... dan duduk kat tanah melayu... baru lah atok nenek kita semua dapat hak kerakyatan... yang betol-betol asli memang le da lame dok kat tanah melayu... ok?

Rasulullah pernah bertanya "apakah kamu akan bertindak sebagai pembela dalam pelanggaran hukum Allah"

kemudian baginda Rasulullah berdiri serta berkhutbah. di antara khutbahnya: "sesungguhnya yang membinasakan orang-orang yang sebelum kamu adalah kerana mereka apabila ada seorang dari golongan atas mencuri, maka mereka biarkan saja, tetapi apabila seorang dari golongan lemah mencuri, maka dia dijatuhkan hukuman. demi Allah andaikata Fatimah puteri Muhammad mencuri, pasti akan ku potong tangannya"

yang penting jangan membela mereka yang melanggar hukum Allah S.W.T... biarpun daripada ahli keluarga anda... sila faham sampai hadam... atau siapa pun... yang salah tetap salah...

p/s: kita ni kebanyakannye adalah perantau... moh le nyanyi lagu DENDANG PERANTAU!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...