GENG LENSA HIDUP

07 November 2013

ADAKAH INTEGRITI BOLEH DIBENTUK HANYA DENGAN PERGI BERKURSUS?

Assalammualaikum...

"Saya sibuk... hari ini saya ada kursus integriti..."

What is integrity?
Kejujuran,  amanah, kelurusan, ketelusan... dalam erti kata lain integriti ni... satu sifat yang memang baik... dan perlu ada pada setiap orang dan komuniti...

Boleh ke membentuk integriti dengan pergi berkursus beberapa jam sahaja?

Integriti adalah pembentukan sahsiah yang baik bermula dari kecil lagi... dengan mendengar bebelan penceramah mengenai integriti... bukan semudah abc... untuk menerapkan nilai integriti pada seseorang...

Dengan didikan ibu bapa dan masyarat kepada anak-anak... dari kecil adalah cara terbaik untuk menghasilkan komuniti yang berintegriti...

Ini tidak... ibu bapa membiasakan mengambil sesuatu benda yang kecil... di hadapan anak-anak... contohnya... "ambik je gula tu sikit nak bagi kat si angah... supaya air liur tak meleleh lagi..." terus je ambik gula dari sebuah kedai runcit...

Beberapa bulan kemudian barulah bagi tau kat tuan kedai... yang dia ambik gula tu... adohai... dah jadi darah daging...

Di manakah nilai integriti yang ditunjukan oleh seorang ibu pada anaknye?

Another case....
Si ibu memanaskan roti canai... yang diminta oleh suami... tiba-tiba roti canai hangus... sebab si ibu terleka...

Then... dia cakap kat anaknya... "nanti ibu cakap ko makan ye... roti tu...bila ayah tanya..." sambil tangannya cepat-cepat membuang roti canai melalui tingkap dapur....

Di manakah contoh kejujuran yang boleh diikuti oleh anak-anak?

Jika si anak faham apa itu integriti... dan faham nilai2 agama...  dan mengamalkannya... untunglah... tak de la sikap nya persis ibu bapa nya yang kurang berintegriti...

In sha Allah anak-anak tidak terikut-ikut...

Tak perku modal yang besar... untuk memupuk integeiti... tak perlu majlis itu dan ini untuk menjadi individu yang berintegriti... cukup dengan kesedaran moral... dan didikan dari kecil...

Tak perlu majlis itu ini... di hotel itu ini... dengan penceramah itu ini...

Dengan mendengar ceramah di tv, radio atau surau2... dan meletakan agama nombor satu di depan... in sha Allah... akan wujud nilai integriti dalam diri...

Tak perlu memberi tender kepada seseorang untuk memasak jamuan bagi peserta kursus integriti..... Tak perlu menjemput penceramah untuk memberi definisi integriti... tak perlu ambil masa pekerja untuk menghadiri kursus integriti selama beberapa jam... 

Kesedaran untuk menjadi seorang yang berintegriti.... perlu dipupuk sejak kecil... dan kesedaran untuk berubah itu... perlu ada pada setiap insan... dan dijadikan amalan seharian... barulah komuniti yang berintegriti boleh dibentuk....

Majlis seperti ini kadang kala hanya untuk memberi 'job' untuk meraih keuntungan dengan mudah... kepada mereka yang terlibat dibelakang tabir... hu3

Maka wujudlah budaya claim itu dan ini..... daripada pihak penganjur...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...