GENG LENSA HIDUP

11 November 2013

WANITA: BERKERJA ITU TIDAK MEMBANTU SUAMI

Assalammualaikum....

Aku pernah terbaca isu isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa itu lebih menjimatkan dan menguntungkan....

Sebenarnya.... bagi usia perkahwinan yang baru setahun jagung.. sama ada isteri berkerja atau tidak tiada banyak beza....

Isteri berkerja:
- kos penjagaan anak
- makan minum
- pengangkutan

Isteri di rumah:
- jimat penjagaan anak
- makan pagi, tengah hari, malam masak sendiri
- tiada kos untuk pengangkutan

Sebenarnya banyak lagi pro dan kontranya...

Kehidupan berkeluarga pada peringkat permulaan... sama ada isteri berkerja atau tidak.... memang agak 'cukup-cukup makan' terutamanya mereka yang berpendapatan 4K dan ke bawah.... selain faktor lokasi tempat tinggal bilangan anak...

Kerana pada permulaan kebiasaannya gaji setiap individu tidak lah banyak... selain kos.... seperti...

- hutang rumah
- hutang kereta
- hutang ptptn
- bil utiliti
- belanja dapur
- lampin pakai buang anak-anak
- susu
- pakaian anak-anak
- dan lain-lain

Kos akan bertambah apabila anak-anak mula meningkat dewasa.... apabila mula bersekolah.... dan seterusnya...

Kos tersebut akan berkurang setelah anak-anak mula berkerja... dan tangga gaji setiap individu mula meningkat sejajar dengan usia dan pengalaman kerja...

Kerana itu... kesabaran dan tolak ansur antara pasangan sangat penting dalam melalui kehidupan berumah tangga pada 1  hingga 15 tahun pertama...

Perbezaan antara isteri bekerja atau full time housewife... tidaklah terlalu ketara... dan ini bergantung juga pada betapa perlunya isteri berkerja atau tidak... terutama bagi memenuhi kekosongan jawatan sebagai pakar sakit puan... guru... pengasuh kanak-kanak... dan beberapa lagi jawatan yang sangat memerlukan khidmat wanita...

Selebihnya bergantung pada keizinan suami untuk wanita itu bekerja.... =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...