GENG LENSA HIDUP

28 April 2014

PEREMPUAN DAN LELAKI KEMARUK NAK DOT DOT DOT

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Ni entri berkonsepkan nasihat sahaja bukan nak kondem sesiapa ye...

Sekarang ni... banyak sangat orang jual produk untuk cantik, putih, gebu, ketat, padat, tahan lama dan bla bla bla...

Mereka menjual dan menghasilkan produk adalah berpaksikan jeuntungan srmata-mata... walhal mereka bukan lah seorang saintis, seorang dermatologist, seorang doktor, dan sewaktu dengannya...

Kebiasaannya.... mereka ini membeli produk dari luar... dalam amaun yang banyak... dan mereka lakukan percampuran bahan2 dengan nisbah tertentu... di kilang mereka... haaaa

Tak pelik ke? Siti yang hari2 menyanyi tup2 boleh hasilkan lipstik? Tak pelik ke? Orang yang tak pernah ambik sains tulen... dan tak tau pun nak seimbangkan persamaan kimia... tau2 dapat hasilkan produk yang begitu dan begini?

Haaaa tak lain tak bukan sebab nak raih keuntungsn je....

Boleh ke dibuktikan berapa peratus tongkat ali dalam produk anda?
Boleh ke anda buktikan berapa peratus kurma dalam minuman 'cerdik ' anda?

Mengikut kajian... kebiasaannya produk 'sihat' itu kadangkala hampir tak dapat dikesan kandungan tongkat ali nya...

Wehhh tongkat ali bukan murah oooo
Wehhh saffron tu bukan murah oooo
Dan lain2 herba...

Tau2 depa jual dengan harga murah2 je...
Ade jugak yang jual dengan harga mahal... sebab nak untung cepat...

Aku nasihatkan... kalau nak cantik... nak anak bijak... nak laki sayang... nak itu nak ini...

Belilah kurma original bagi anak makan....
Belilah kismis original bagi anak makan...
Tok sah lah caye dengan jus cerdik ke... minuman cerdik ke...

Yang pempuan plak rajin solat, wuduk... pun dah berseri2...

Ingat kalau hari ni laki dan bini makan pruduk bagi putih... esok lusa nanti dapat anak gelap... jangan kalut pulak... pasaipa la anak aku gelap na... aku cerah... laki aku cerah... (lupe le tu...)

Esok2 jangan menyesal.... bila mai sakit pelik2... efek guna produk terlajak putih ke... terlajak ketat ke...

Nanti jangan nyesal dah 5, 6 tahun guna produk tuttt.... baru kementerian kesihatsn declare ade poison, ade logam berat dan lain2...

Jangan mudah terpengaruh, jangan mudah percaya,
Tiada kesihatan yang diperolehi dengan sekelip mata... semoga kita semua dipelihara Allah S.W.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...