GENG LENSA HIDUP

15 July 2014

PROMOSI KOPI CAP IKAN DUYUNG


Assalammualaikum...

sedar atau tak?

Kalau anda perasan, belakangan ini rangkaian kopi berjenama antarabangsa yang terkenal iaitu Kopi Cap Ikan Duyung melancarkan pelbagai kempen harga runtuh untuk produk-produknya. Mereka juga berkolaborasi dengan rangkaian stesen minyak dengan menyediakan trak bergerak untuk orang ramai mudah membeli. Kempen mereka tampak begitu aktif seolah-olah mencabar kempen kutipan dana untuk keamanan Gaza.

Walaupun ada promosi, dinasihatkan jauhkan langkah anda. Buy ONE free ONE untuk harga lingkungan MYR12 - MYR18 untuk saiz Tall tidak berbaloi sebenarnya. Rangkaian tempatan KopieSatu cuma lingkungan MYR5 - MYR10 sahaja untuk saiz Venti. 

Insya Allah kita akan EXTRA LUAR BIASA berpahala apabila duit yang bakal dileburkan pada Kopi Cap Ikan Duyung itu didepositkan kepada dana-dana yang betul. Fikir-fikirkan.

ITULAH STARBUCK!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...