GENG LENSA HIDUP

30 September 2014

KETUANAN BARISAN NASIONAL

Assalammualaikum...

semoga semuanya selamat dan sihat....

buat kakitangan kerajaan biarpun bukan pemyokong kerajaan... kadang-kala terpaksa mendengar hasutan daripada Barisan Nasional yang disampaikan ketika mengikuti kursus yang dianjurkan oleh jabatan masing-masing...

ia... kadang-kala menjengkelkan bagi mereka yang memang tak setuju dengan cara pemerintah yang memperalat semua medium awam dan swasta yang ada...

seperti ini... para guru terpaksa mendengan agenda 'menakut-nakutkan' golongan cerdik pandai

secara 'cerdik' nya... bukan lah mudah untuk DAP mengusai Malaysia... dan secara bijaknya bukanlah mudah mereka nak buang atau kurangkan penjawat awam... melainkan atas alasan mereka suka mengular @ malas....

tetapi itulah yang sering dicanang-canangkan... bagi menakutkan para penjawat awam... apa yang dimaksudkan DAP 'buang' kakitangan awam itu adalah... buang penjawat awam yang jenis suka mengular... kerja jaga kaunter pertanyaan... tapi selalu lesap... mahu kerja hingga usia 60tahun tapi hampir setengah tahun cuti sakit... mahu gaji naik tiap-tiap tahun... tapi selalu mengular pergi bawa kenderaan jabatan hantar bini pergi pasar beli ikan dan sayur...

haaaaaaaaaaa penjawat awam macam ni lah yang patut kena buang... tak usah lah dibela lama-lama... itu akan merosakkan integriti Jabatan...

BN mahu semua rakyat anggap mereka Tuan... ya... jika Tuan tak ada kami akan jadi sangat teruk... dan terseksa... haha itu yang cuba BN gambarkan jika DAP perintah Malaysia... hatta Pakatan Rakyat sekalipun atau ada wujud apa-apa gerombolan lain... selain BN yang mahu memerintah Malaysia... maka BN akan gambarkan kehidupan rakyat akan merana tanpa BN....

come on lah...

hakikatnya...
DAP dah take over Pulau Pinang... ada tak dibuang nye penjawat awam? jika dibuang siapa yang nak buat kerja? 

sikap BN inilah yang masuk dalam kategori hasutan... tapi kerana mereka pemerintah mereka tidak dianggap penghasut... 

BN akan menakut-nakutkan semua di semua peringkat... di institusi pengajian tinggi... pada penjawat awam... orang-orang kampung...

dan... jika mereka yang waras dan percaya dengan ketentuan Allah pasti tidak akan termakan dengan kata-kata BN ini....

so renung-renungkan...

babai =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...