GENG LENSA HIDUP

10 November 2014

10 VIRUS TERKEJAM DI DUNIA



Pembinasa! Bukanlah secara luaran namun ia merosakkan dalaman. Begitulah perihal virus dan kesan yang dibawakannya.

Cukup popular sebagai ancaman digital di seluruh dunia, ayuh kita imbas 10 serangan siber yang pernah direkodkan.

Morris



Seorang mahasiswa dari Cornell University bernama Robert T. Morris telah mencipta worm yang dipanggil Morris pada tahun 1988. Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar internet. Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna Internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60,000.

Nimda



Merupakan perkataan admin yang terbalik. Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri, menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada. Ia menyebabkan kerugian sebanyak U$635 juta pada tahun 2001.

Melissa



Mampu memaksa Microsoft, Intel Corp dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway e-mel ekoran lalu lintas besar yang disebabkan pada tahun 1999. Melissa dicipta oleh David L. Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya.

Loveletter



Telah menyebabkan kerugian sebanyak U$5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan worm ini. Worm Loveletter bermula pada 4 Mei 2000 di Filipina, namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam sehari.

Code Red



Popular sekitar 2001, Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi buffer overflow. Meskipun hanya berleluasa selama sebulan tetapi worm Code Red telah menyebabkan kerugian sebanyak US2.6 juta dan gangguan menyeluruh kepada akses internet.

MS Blaster



Dikatakan berasal dari China, namun MS Blaster dicipta oleh Jeffrey Lee Parson yang berusia 18 tahun. Sekitar Ogos 2003, MS Blaster tersebar melalui Windows OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat.

Sasser



Pada 30 April 2004, Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan Sasser. Hukuman 21 bulan telah dijatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja berbangsa Jerman yang bermasalah.

Witty



Worm spesifik pertama menyerang software network-protection. Selain itu, ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP serta menghapuskan sebahagian daripada cakera keras. Selepas tragedi 19 Mac 2004, pihak admin telah mengambil langkah untuk memperkuat pertahanan jaringan secara proaktif.

Storm Worm



Muncul sekitar tahun 2006, ancaman ini menyerang apabila pengguna membuka sebuah e-mel bertajuk ‘230 Dead As Storm Batters Europe’. Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program Trojan Horse yang diguna oleh para penggodam untuk spam e-mel melalui Internet.

Leap-A / Oompa-A



Mac dengan sistem security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital. Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh address book.

Kredit gambar: hswstatic, bordercomputers, trueit, mashable, windowsitpro, xinhuanet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...