GENG LENSA HIDUP

11 November 2014

1 DARIPADA 100 RAKYAT MALAYSIA HIDAP SKIZOFRENIA




SEBERANG PERAI, (MLP) – Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pendedahkan bahawa seorang daripada 100 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia.

Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental teruk yang boleh membahayakan nyawa pesakit dan orang sekeliling jika tidak dirawat.

Pesakit skizofrenia mengalami masalah menafsir gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.

“Stigma masyarakat yang menjauhkan diri daripada pesakit skizofrenia masih menebal di negara ini. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit memerlukan sokongan dari pelbagai pihak,” ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau menegaskan bahawa situasi tersebut amat membimbangkan memandangkan ramai pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius masalah berkenaan.

“Hal itu menjadi punca mengapa pesakit tidak mendapatkan rawatan atau tidak mengambil ubat yang diberikan yang akhirnya menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk,” tambahnya lagi.

Kredit gambar: becuo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...