GENG LENSA HIDUP

03 January 2015

SULTAN KELANTAN TIDAK KEMARUK PUBLISITI


KUALA LUMPUR, (MLP) - Sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi menjadi perbualan orang ramai di media sosial.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa pengiring atau pemberita.

Menurut  rakyat, mereka sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

Kehadiran Baginda disedari selepas melihat wajahnya dengan teliti oleh rakyat Kelantan.

Difahamkan, Baginda juga menerima dan mematuhi arahan daripada seorang Mejar dan dikatakan turut minum dalam cawan polisterin bersama petugas lain. 

Malah, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda telah mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.
Kredit Gambar: Mazzer
AKU BOLEH CAKAP INI MEMANG BETUL-BETUL TAK DAHAGAKAN PUJIAN... SYUKUR MASIH ADA YANG IKHLAS =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...