GENG LENSA HIDUP

16 January 2015

67 TAHUN: AWET MUDA LUAR BIASA



Sesiapa pun pasti tidak percaya melihat wajah wanita ini. Apasra Hongsakula lahir pada tahun 1947 di Bangkok Thailand, namanya mula menjadi perhatian umum selepas memenangi Ratu Cantik Miss Universe pada tahun 1965 ketika berusia 18 tahun, dan merupakan jelitawan pertama dari Thailand yang memenangi gelaran itu. 

Apa yang menarik, selepas 50 tahun, wajah Apasra langsung tidak menunjukkan perubahan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia nampak semakin cantik dan tentunya, langsung tidak menggambarkan usianya kini iaitu 67 tahun.

Ada yang mendakwa, bagi mengekalkan kemudaan wajah, dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289).

Bagaimanapun, ia dinafikan pengurus Apasra dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu menjadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...