GENG LENSA HIDUP

03 February 2015

MURID CALON UPSR MENGANDUNG 7 BULAN




MELAKA, (MLP) – Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun disahkan mengandung 7 bulan apabila dihantar ke hospital ekoran mengadu sakit perut pada Sabtu lalu. 

Murid yang kini berada di tahun enam persekolahan itu cuba merahsiakan dirinya dirogol namun rahsia itu terbongkar sementelah dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut kelmarin.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, calon yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika berada di sekolah.

Selepas diperiksa, kanak-kanak itu akhirnya mendedahkan dia dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan awal, pihak hospital telah mengesahkan mangsa kini mengandung 7 bulan,” terang Ketua Polis Daerah Jasin iaitu Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Menurut Hishamuddin lagi, pihaknya telah menahan seorang warga emas di kediaman yang terletak di Selandar pada hari yang sama laporan diterima.

Gambar utama sekadar hiasan

Kredit gambar: zaliyatt

p/s: awasilah anak-anak anda sebaik mungkin... dan jangan putus doa untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.... semoga jadi pedoman buat kita semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...