GENG LENSA HIDUP

07 February 2015

IMAN PERASAAN

Seorang lelaki telah datang kepada aku seraya berkata. "Majoriti manusia hari ini mempunyai iman perasaan. Mereka merasa cukup dengan iman yang ada. Mereka belajar agama supaya dapat mengamalkan ilmu tersebut dan berharap dengan iman tersebut dapat selamat di akhirat kelak."

"Apabila ada manusia lain tertindas mereka merasa marah dan sakit hati. Jika ada manusia berbuat maksiat mereka merasa sedih. Jika ada yang tidak menutup aurat mereka merasa malu. Pada yang jahil mereka merasa kasihan. Semua perasaan tersebut dikongsi dan diceritakan dalam media sosial tanpa ada usaha sedikit pun secara fizikal. Inilah namanya iman perasaan."

Dia kata lagi, "Perkara yang paling patut difikir-risau-bimbang ialah masalah iman. Manusia akhir zaman dahagakan iman tetapi tidak tahu bahawa mereka sedang menderita iman."

Dia sambung bicara, "Iman kita tak sebanding Sahabat. Iman Sahabat ialah iman pengorbanan. Sahabat telah mengorbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Mereka sanggup tinggalkan Mekah Madinah semata-mata menyebarkan Islam dan buat usaha atas iman."

"Hari ini kita perlu usaha atas iman. Buat dakwah cara Nabi. Bukan nak betulkan manusia. Bukan nak tunjuk pandai. Tapi untuk islah diri perbaiki diri dan ajak orang lain usahakan iman supaya mereka juga sedia dan ajak orang lain dan orang lain juga usaha atas orang lain sehinggalah agama sampai ke hujung-hujung dunia."

Dia kata, "Semua orang Islam bertanggungjawab atas kerja ini. Kerja mengajak manusia kepada ALLAH. Kita kena buat kerja agama ini ikut cara dan sunnah Nabi. Bukan cara dan fikir kita yang cetek. Pergerakan cara Nabi ini akan menarik hidayah dan rahmat ALLAH."

(Aku merasa dia berkata mengenai aku. Aku pun tak tahu bahawa iman aku iman perasaan atau iman perasan. Dia ada bagi metafora tentang iman perasaan. Aku cuba lukiskan. Moga yang membaca akan lebih faham dari yang melukis.)



kredit to: awang fauzi (4zee) - kartunis MAJALAH GILA-GILA

p/s: anda di mana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...