GENG LENSA HIDUP

27 March 2015

6 NAMA KUIH TRADISI PALING PELIK

"Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam, semua benda alamak boleh ditelan, batu, besi, paku, parang, kayu, papan".

Itu bait-bait lirik lagu berjudul Makan nyanyian Jalil Hamid. Lagu itu menggambarkan kepelbagaian makanan di Malaysia yang walaupun punya nama yang pelik, tapi keenakkannya tak dapat dinafikan.

Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda beberapa jenis nama kuih yang terdapat di negeri asal saya iaitu Kelantan. Kelantan dianggap ramai sebagai syurga makanan 'eksotik'. Tak percaya? Jom lihat senarai ini!

PUTERI MANDI


Di kalangan orang Kelantan, disebut 'Terri Mandi'. Berbentuk bulat, berwarna-warni dan rasanya lemak manis.

BUTIR NANGKA

Dipanggil Butir Nangka kerana bentuknya seperti biji nangka. Rasanya memang manis dan sesuai dihidang sebagai dessert.

NEKBAT

Selain di Kelantan, Nekbat juga popular di Terengganu. Sekali tengok, bentuknya seperti kuih baulu.

ULAT BULU

Eh? Jangan terkejut ya. Mungkin kerana bentuknya ia dipanggil ulat bulu. Adunan kuih ini tak banyak beza dengan kuih buah Melaka.

CEK MEK MOLEK

Bentuknya memang comel, sesuai dengan namanya. Dihasilkan dari adunan tepung gandum dan ubi keledek dengan gula sebagai inti.

GELEMBUNG BUAYA

Kuih ini bolehlah dikatakan adik beradik dodol. Rasanya lemak manis kelapa parut muda yang disebatikan dengan gula dan tepung.

So there you have it. Yang tak pernah rasa, bolehlah cuba selepas ini. Yang pasti, jangan tertipu dengan nama kerana semuanya sedap-sedap belaka!

Kredit: resipicitarasawan.blogspot.com, malaysiaria.com, intaidapur.blogspot.com, elissmie.com, sapphireruth.blogspot, ejamothman.com, norakristilla.blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...