GENG LENSA HIDUP

11 April 2015

NAHAS HELIKOPTER: MAYAT AIDANA BAIZIEVA DITUNTUT



KUALA LUMPUR, (MLP) – Mayat keenam mangsa nahas helikopter AS365N2 Aidana Baizieva sudah dituntut kakak tirinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Memetik laporan Kosmo, jurucakap Kedutaan Kyrgyzstan ke Malaysia memaklumkan bahawa mayat wanita berusia 25 tahun itu dituntut kakak tirinya kira-kira pukul 5.30 petang dari Unit Forensik HKL.

Jenazah akan dihantar pulang ke negara asalnya dan dijangka tiba petang hari ini di kampung halaman mangsa.

“Pihak berkuasa Malaysia berpuas hati dengan keputusan asid deoksiribonukleik antara mangsa dan kakak tiri sebelum membenarkan kakak tirinya membawa pulang mayat,” ujar jurucakap itu.

Datuk Abdul Samah Mat selaku Ketua Polis Selangor turut mengesahkan perkara tersebut.

“Mayat Aidana diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan mayat tempatan dan mayatnya akan dihantar pulang ke negaranya menggunakan pesawat Air Astana kira-kira pukul 10.55 pagi hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya.

Kredit gambar: melvister
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...