GENG LENSA HIDUP

20 October 2015

MAKANAN PENGHALANG LENDIR

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

kita semua tahu tubuh manusia yang Allah ciptakan ini sangta unik... di dalam tubuh manusia ada mengandungi kelenjar mukus (mucous gland). mucus atau nama lain lendir. ia terhasil kerana tindak balas sistem pertahanan tubuh badan. 

contoh mudah kahak dan hingus.... itu adalah salah satu contoh penghasilan lendir dalam tubuh. ia terhasil kerana melindungi badan daripada jangkitan bakteria dan virus.

selain untuk pertahan tubuh badan... ada juga makanan yang menggalak penghasilan lendir dan makanan menghalang penghasilan lendir...

semua makanan ni kita boleh elakkan dan ambil untuk mengatasi masalah lendir...


cara paling murah dan mudah adalah amalan makan bawang putih... bawang putih bakar ke, bawang putih goreng ke, bawang buat perencah ke....

sebab bawang putih kos nya lebih murah dan biasanya ada kat dapur rumah kan?

selain boleh buat garlic socks... garlic oil... antara khasiat bawang putih adalah bersifat antioksidan, sebagai immune booster, atasi masalah angin dalam badan, melawaskan pembuangan, boleh meningkatkan kadar metabolisme...

so ambil la bawang putih dalam setiap sajian harian anda... kalau anak-anak susah nak makan bawang putih... sapukan mereka garlic oil dan amalan garlic socks juga boleh anda cuba... mandi dengan hirisan lemon... semua amalan ini akan membantu mengurangkan masalah lendir... dan membantu tingkatkan sistem immune dalam badan...

selain tu... jika anda atau anak sedang mengalami masalah batuk atau selsema... kurangkan pengambilan gula dan jika boleh elak terus... kerana gula adalah pemangkin kepada pembiakan virus dan bakteria...

pilihlah makanan sihat untuk anda dan keluarga....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...