GENG LENSA HIDUP

27 November 2015

KETEPIKAN WALKER: ASUHLAH ANAK SECARA ALAMI



"Cantik walker Syafiqah, ada mainan di bahagian depannya. Inilah yang menyebabkan Syafiqah ke hulur ke hilir dengan walker pemberian neneknya"

"Syafiqah ni baru 6 bulan.Kalau saya tiarapkan atau dia meniarap sendiri tak boleh lama-lama.Nanti dia menangis. Dia marah sebab badannya agak berat,dia tidak menjulur ke depan"

" Saya nak berkemas dan memasak terpaksalah masukkan dia ke walker. Syafiqah suka duduk di depan pintu melihat orang lalu lalang.Saya boleh buat kerja" ujar ibu Syafiqah

Inilah masalah yang dihadapi oleh ramai ibu di luar sana dan entah berapa ramai lagi anak-anak yang senasib dengan Syafiqah. Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak

Dalam al-Quran surah al-Infithaar,Ayat 7-8 Allah berfirman: 

"Yang telah mencptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang,menurut rupa yang di kehendaki-Nya.Dia menyusun tubuhmu".

Oleh kerana Allah sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian, lantas manusia berperanan menggunakan sebaik mungkin setiap kurniaan Allah.Penggunaan walker boleh memudaratkan anak.

Sering kali anak ditinggalkan sendirian tanpa diawasi sementara ibu sibuk di dapur mengemas atau membasuh lalu terjadi kejadian yang tidak diingin seperti terjatuh dari walker atau anak-anak ditimpa buku atau pasu bunga yang sering diletak di atas meja kerana ditarik alasnya oleh anak

Kejadian seumpama ini boleh membahayakan anak terutama kepalanya boleh cedera.Kemungkinan ia tidak nampak dengan mata kasar tetapi kecederaan otak iaitu dari dlm.Apa yang lebih penting ialah sekiranya anak diletak dalam walker,anak tidak berpeluang untuk menjulur dan merangkak

Hakikat inilah yang perlu disedari oleh ibu-ibu. Tiarapkan anak sebaik sahaja selepas dilahirkan dan amalkan setiap hari. Insya-Allah anak akan cepat menjulur dan merangkak. Ini memberikan dia peluang utk berkembang dr segi fizikal dan intelektual

Manfaat Anak Meniarap
Di samping itu, ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan manfaat tujuan anak ditiarapkan,menjulur dan merangkak. Antara kebaikannya adalah :

+ Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak 

+ Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper)

+ Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya 

+ Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya

+ Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan

+ Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya

+ Membolehkan dia bergerak dgn tujuan meneroka

+ Mencegah segala masalah yang boleh berlaku jika anak ditelentangkan

+ Memperkuatkan asas bagi dia cepat berdiri dan menyusur

+ Meningkatkan asas bagi anak memperoleh pertuturan yang baik

Di sini saya menyarankan agar ibu-ibu yang mempunyai walker di rumah eloklah disimpan saja.Walker banyak mendatangkan kesan buruk pada perkembangan anak-anak. Jika terlalu cepat dimasukkan ke dalam walker otot-otot leher yang masih lembut akan rosak. Ini merugikan anak

Di samping itu, anak tidak berpeluang meneroka sedangkan itulah masa untuk mereka meneroka. Anak-anak di dalam walker cepat marah, menangis bila tidak dipedulikan ibu-ibu. Ibu-ibu mulalah lepas tangan dengan pekerjaan sehingga anak berkemungkinan anak terjatuh dari walker

Kenapa mesti pilih walker? Kenapa tidak menjulur dan merangkak sahaja? Itulah persoalan yang ibu-ibu perlu jawab berdasarkan artikel ini.


Artikel : Dato' Dr.Noor Laily
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak Nury
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...