GENG LENSA HIDUP

22 September 2016

MINYAK ZAITUN ATASI OSTEOPOROSIS



Ada masalah reput tulang (osteoporosis )atau nak mencegah masalah ini di masa hadapan?

Pemakanan sihat boleh membantu dengan pengambilan minyak zaitun Extra Virgin  (Pati Minyak Zaitun )

Kajian menunjukkan bahan anti oksidan iaitu Oleuropein di dalam minyak zaitun memberi khasiat menguatkan tulang kita..

Dalam satu kajian melibatkan 127 orang tua lelaki yang mengambil makanan Mediterranean yang di perkaya dengan minyak zaitun Extra Virgin selama 2 tahun di dapati meningkatkan bahan osteocalcin & 'procollagen 1 N terminal propeptide' dalam darah...
Kedua-duanya adalah protin yang penting untuk mencegah masalah osteoporosis atau reput tulang...

Bahan Fenolik (hydroksi Tirosol ) dalam minyak zaitun juga membantu meningkatkan aktiviti sel-sel osteoblast iaitu sel-sel yang membina tulang kita..

Secara umumnya pengambilan minyak zaitun setiap hari akan meningkatkan kekuatan tulang kita dan mencegah masalah osteoporosis untuk jangka masa panjang...

Amalkan pengambilan minyak zaitun setiap hari. .insyaallah 😃😄

#drnorman  #infosihat  #healthyeating  #oliveoils #osteoporosis #bonehealth

daripada Dr. Norman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...