kau menangis saat kelahiran mu
ada insan yang senyum menyambut mu
kau masih merah saat itu
tapak kaki kau sebesar dua jari
kau masih belum boleh berdiri
jauh sekali mahu berlari
ayah kau kumpul keringat
tempuhi hari-hari mu bersama ku
ibu kau beri setiap mahu ku
juang kau berdua untuk anak-anak mu
"pesan ibu jadi anak baik-baik"
"doa ibu mahu anak yang cerdik dan baik"
anak kau besar pilih haluan mu
ya... masa silam telah berlalu
aku juga ikut nafsu dan melulu
kaut segala apa yang dimahu
ibu aku pohon maaf dari mu
ayah aku mohon restu mu
agar kita bisa bertemu
di SYURGA bersama lindungan kasihMU
_______________________________________________________
angin meniup
seluruh alam semesta
terangnya amat menyilaukan pancaindera
hanya ibunda
sentiasa memuja
ikhlas dari lubuk hatiku puspawarna
bertahun dah berlalu
tinggalkan rasa pilu
amat sukar disebut lagi jadikan ku sayu
kelahiran
bagiku istimewa
ku bersyukur padamu bonda
kekusutan
akan ku hadapi
kerna berjauhan darimu telah sekian lama
*aku doa kau kembali senyum & ceria sayang