GENG LENSA HIDUP

13 June 2010

TIDUR MESTI BERALAS


salam
selamat hari ahad ye semua =)

kali ni aku nak kongsikan mengenai... cara tidur.... tidur mesti beralas... betul ke? kepala adalah bahagian yang paling dihormati kerana tu kita hendaklah tidur beralas.... zaman sekarang mesti la guna bantal kan? Rasulullah sendiri andai mahu tidur paling tidak beralaskan lengan baginda... begitu sekali pentingnya tidur beralas... ermmm... kalau ade bantal sila la guna bantal okay =)

Baginda bersabda:
"hendaklah kamu tidur hingga hilang rasa mengantuk"
(Bukhari - Muslim)

maksudnya di sini tidak la ditetapkan waktu tidur bagi setiap orang tu.... ini bererti keperluan tidur bagi setiap manusia tu berbeza.... ikut tahap kepenatan... juga tahap rasa mengantuk korang... okay =) Rasulullah juga tidak menahan rasa mengantuk baginda... dan segera tidur apabila rasa mengantuk... kecuali pada masa-masa tidak baik... 

baginda juga melarang keras tidur meniarap...

Abu Umamah r.a meriwayatkan hadis mafhumnya:
Nabi Muhammad s.a.w melihat seorang lelaki yang sedang tidur dengan telungkup(meniarap) di dalam masjid. lalu Nabi memegang dan menggoyangkan kakinya(mengejutnya) dan berkata : "bangkitlah engkau - atau duduklah - sesungguhnya tidur mu itu adalah tidur (dalam) neraka Jahanam"

(Riwayat Ibnu Majah)

tidur yang terbaik adalah tidur dengan kepala beralas.... dan mengiring ke kanan... kadang kala Baginda juga tidur telentang sambil menyilangkan kaki... juga berzikir hingga baginda tertidur...

wallahualam...

p/s: harap mampu tukar cara tidur korang semua ye... jangan la tidur meniarap ye sayang =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...