GENG LENSA HIDUP

29 June 2010

AMAL YANG TERUS MENDAPAT PAHALA


salam
kali ni aku nak kongsikan amal yang akan terus mendapat pahala...
bila kita semua lakukan....

"tujuh jenis amal yang akan terus mendapat pahala oleh seorang hamba hingga ke alam kubur: orang yang mengajar ilmu agama, orang yang mengalirkan sungai, orang yang menggali sumur, orang yang menanam pohon yang berbuah, orang yang membina masjid, orang yang mewariskan al-quran dan orang yang meninggalkan anak yang soleh dan beristighfar untuknya sesudah mati"

[diriwayatkan al-bazzar]

ini adalah huraian daripada asas yang biasa kita dengar apabila mati seorang anak adam maka akan terputuslah segalanya kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh....

maksud mengajarkan ilmu agama... mereka yang menerima ilmu hendaklah menyampaikaikan kepada orang lain agar yang mengajarkan ilmu tersebut akan terus mendapat pahala... sekalipun telah meninggal dunia....

begitu juga dengan mereka yang telah melancarkan perngaliran air sungai... kerana air sungai itu akan memberi manfaat pada semua... dan mereka melakukannya akan mendapat pahala biarpun telah meninggal dunia...

menggali telaga... menanam pokok yang berbuah... pendek kata kalau ada di antara kita yang menanam pokok yang menghasilkan buah... dan jika tuan yang menanam pokok tersebut telah meninggal jangan la ditebang pokoknya... kerana itu akan mendatangkan pahala sekalipun hanya haiwan yang memakan buahnya...

mewakafkan al-quran, membina laluan... seperti jalan ditar lantas memudahkan korang dan orang lain melaluinya... korang akan mendapat pahala selama mana ia digunakan... hatta korang dah meninggal... bukan la maksud aku highway atau jalan raya yang bermeter-meter tu... takut tak mampu la plak... cukup sekiranya laluan untuk memasuki rumah korang dan jiran... jika berkongsi laluan yang sama dengan tetangga korang.... kalau umah korang pun ape salahnya...hihihi

wallahualam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...